Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Banyaknya Hantu Di Kulim?

Imej
Hai! saya hantu comel Cerita Hantu? Kawasan Kulim banyak hantu? Mana ada tempat dekat dalam dunia ni yang sunyi daripada kisah-kisah misteri betul tak? Baru-baru ini Belalang terbaca mengenai beberapa berita tentang penemuan makhluk halus atau hantu di kawasan tempat tinggal Belalang. Malah, jalan yang sering Belalang gunakan pun ditulis dalam akhbar online yang jalan itu 'keras' dan sering berlaku kemalangan (tak pernah tahu pun sebelum ni). Karut? mungkin... Yang tidak pernah bertemu mungkin akan berfikiran begitu. Tetapi bagi mangsa-mangsa yang pernah melalui sendiri pengalaman menakutkan di tempat-tempat tersebut, tentu meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka. Apa-apa pun yang penting kita kena selalu beringat apabila melalui atau tiba di tempat sunyi, suram atau baru diterokai kerana bukan lagi rahsia yang alam ini juga dikongsi oleh penghuni lain. Ini dua link kisah mengenai hantu di Kulim yang Belalang maksudkan tu- MISTERI K

Pos Laju | "Dulu Tak Macam Ni"...

Imej
Sebagai peniaga online, penghantaran barang kepada pelanggan menggunakan pos laju bukanlah sesuatu yang asing lagi. Selain daripada murah, sistem online pos laju yang memudahkan pengguna untuk menjejaki barang juga menjadi sebab mengapa pos laju menjadi pilihan. Belalang juga biasanya akan menggunakan perkhidmatan pos laju bagi penghantaran barangan domestik. Biasanya pukul 3 petang ke atas adalah masa untuk Belalang keluar pos barang. Baru-baru ini ketika berbual dengan kakak penjaga kaunter pos laju, sempat la borak-borak tentang barang jualan Belalang dan juga mengenai pos laju. Menariknya, Kakak tu beritahu sejak akhir-akhir ni begitu banyak orang yang membuat penghantaran dengan pos laju. Sampaikan perlu berbaris panjang. "Dulu tak macam  ni. Nak tengok dalam satu-satu masa lima orang sekaligus datang pos laju pun susah. Tapi sekarang ni, sampai keluar pintu orang berbaris untuk pos barang. Ala, fenomena jualan online la katakan". Belalang hanya tersenyu

Perlu Kembali!

Imej
Memanglah Penat Tapi macam mana nak buat Sudah lambat Baru nak cepat Terperanjat - Butterfingers 'Kembali' Lama terabai blog Encik Bell bukan tiada idea, tapi kerana terlalu banyak komitmen perkara-perkara lain yang perlu diberi keutamaan. Disebabkan itu, Belalang telah melakukan beberapa perubahan yang besar dalam penjadualan semula jadual harian Belalang. Harapnya lepas ini Belalang akan dapat update blog ini dengan lebih konsisten. Kepada yang ada tinggalkan komen dan Belalang baru sahaja publish, minta maaf la ye. Belalang hargai sangat dengan kesudian anda meninggalkan komen. Lepas ini Belalang akan cuba pastikan setiap komen akan dipublish pada masanya. Teruskan menyokong blog Encik Bell :) Terima kasih kerana membaca... ** 11 blog, 10 fanpages, setiap hari keluar pos barang, memang tak terkejar nak jaga kesemuanya. Huhuhu...