Selasa, 9 Oktober 2012

Anak Tak Mahu Tidur Malam | Apakah Sebabnya?

Rasanya Belalang masih belum pernah kongsikan di blog ini cerita adik kepada Belalang Jr. betul tak? Untuk mudahkan pembaca bezakan Belalang Jr. dan adiknya, Belalang namakan adik Belalang Jr. dengan Belalang Jr.II ya. :)


Alhamdulillah Belalang Jr.II sekarang dah pun berusia dua bulan 15 hari. Sekarang ni dah tak susah menjaganya seperti pada peringkat mula-mula dahulu.

Kalau tak silap, Belalang pernah nyatakan sedikit pada entry sebelum-sebelum ini yang Belalang Jr.II ada masalah tak mahu tidur malam. Entry mana satu tak berapa ingat pula. Kalau rajin cari la ya.

Jadi Belalang nak ceritakan bagaimana azabnya Belalang dan Mrs.Belalang terpaksa bersengkang mata sampai ke pagi untuk dodoikan si kecil tu.

Seperti ada sesuatu yang mengganggu Belalang Jr.II dari tidur. Tak kala dia baru sahaja beberapa minit terpejam mata, kita pun baru sahaja nak rebahkan badan, tiba-tiba ... "Uwaaa!!!!"...

Jujur cakap tekanan gila waktu tu. Manakan tidak. sepanjang malam tak boleh tidur. Esok siang nak berniaga pula. Memang angin satu badan la waktu-waktu tu.

Kesian juga lihat Belalang Jr.II. Dia sendiri pun sampai lebam bawah mata sebab tak cukup tidur.

Macam-macam cara Belalang dan Mrs.Belalang cuba dan lakukan, namun bila malam menjelang kami terpaksa bergilir-gilir berjaga.

Hinggalah kami dipertemukan dengan seorang ustaz yang menawarkan dirinya untuk membantu. Ustaz ini kawan kepada kakak Belalang.

Maka kami pun mencuba pula lakukan semua perkara yang ustaz ini minta termasuk carikan sebotol air terjun yang belum sampai ke tanah.



Dan hasilnya, hingga hari ini Belalang Jr.II tidak lagi susah untuk tidur malam. Ada juga kami tanyakan pada ustaz tersebut mengapa Belalang Jr.II tak tidur malam, namun ustaz hanya tersenyum dan berkata...

"Janji budak ni elok, boleh tidoq malam dah la"...

Dua kali kami ke rumah ustaz untuk ubatkan Belalang Jr.II dan selepas ini kami perlu sekali lagi ke rumah ustaz untuk kali terakhir sebagai pemutus ubat.

Bersyukur sangat-sangat Belalang dan Mrs.Belalang. Rasanya perkara tidak tidur malam tidak akan berulang lagi. Dan kami berdua sentiasa berdoa semoga tidak berulang lagi hal tersebut.

Terima kasih kerana membaca...

Ahad, 7 Oktober 2012

Gambar Penampakkan Kelibat Putih | Seram!

Baru-baru ini Belalang singgah makan malam di satu kedai makan berhampiran tempat tinggal Belalang, Kulim. Belalang memang biasa dengan kedai ni. Selain selesa, makanan yang dimasak sedap-sedap juga.

Dan seperti biasa sementara hidangan yang dipesan sampai, dengan menggunakan telefon bimbit 'cap ayam', Belalang tangkap beberapa keping gambar Belalang Jr.


Gambar pertama, ok...


Gambar kedua, ok...


Namun pada gambar ketiga yang dirakam, Belalang berjaya merakam sesuatu yang aneh di Belakang Belalang Jr. Pelik juga Belalang dengan gambar yang satu ni. Cuba anda lihat, mungkin ada boleh meneka apakah ia.

-

-

-

-



 

 Belalang Jr. asyik menonton Majalah 3

Sampai tenganga mulut!

Gambar yang menjadi misteri

Jika anda berfikir kelibat di belakang itu adalah orang yang sedang berjalan, sememangnya anda dah salah. Memang bukan orang. Lagi pun sekiranya itu orang, mengapa hanya ada bahagian atas? mana kakinya?

Misteri tak? jangan takut-takut ya. Hehehe

Terima kasih kerana membaca...







** Ok, dah cukup tipu sikit-sikit. Itu memang orang pun. kebetulan pelayan yang ambil pesanan lalu Belakang Belalang Jr. Jangan marah ye... :)

Rabu, 3 Oktober 2012

Jangan Makan Mee segera Mamee Perisa Itik! Kalau Tidak....

Tak begitu pasti pula Belalang sejak bila mi segera Mamee ada perisa itik. Kisahnya bermula pada pertengahan bulan lepas ketika Belalang sedang membeli beberapa barang dapur di Giant Kulim.

sebagai penggemar mi segera, Belalang akan pastikan bekalan stok Belalang terhadap makanan ini sentiasa ada. Jadi Belalang pun tinjau-tinjau la ke bahagian sudut me segera. Biasanya Belalang beli mi goreng jenama sedap sebab memang betul sedap pun.

Belum sempat Belalang masukkan meggi sedap dalam troli, tiba-tiba Belalang terpandang mi segera Mamee berperisa itik ini.


 "Sedap ke? Cuba sekali tengok. Mungkin kena dengan tekak aku nanti"

Terus Belalang letak balik meggi sedap dan capai pula meggi itik ini.

Kisah di rumah pula, lepas beberapa hari meggi itik ni terperap di rak-rak dapur maka tibalah harinya untuk Belalang mencuba rasanya.

Disebabkan ketika itu level malas Belalang berada pada tahap maksimum, Belalang hanya rendam meggi itu dengan air panas tanpa masukkan apa-apa bahan tambahan.

Dah siap, Belalang pun cubalah merasainya.

Wah! rasanya memang kena dengan citarasa Belalang. Entah apa magiknya lepas pada tu, boleh dikatakan berselang sehari Belalang akan masak meggi itik dan makan. Nak makan hari-hari tak berani pula. Yela dah orang cakap mi segera ni tak berapa baik kan.

Jadi kepada yang masih belum merasai mi segera Mamee perisa Itik ni, Belalang sarankan jangan cuba! kalau tidak nanti anda ketagih dan mahunya hari-hari macam Belalang...

Hahaha

Terima kasih kerana membaca...


Pautan Artikel Menarik