Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 1, 2012

Parlimen Esok Dah Nak Bubar | Nak PRU13 Dah Ke?

Imej
Dalam perjalanan balik ke Baling kelmarin, Belalang lihat begitu banyak bendera parti politik di kiri kanan jalan. Boleh dikatakan sepanjang jalan hingga sampai ke rumah berceracak bendera kiri kanan jalan. Jadi dalam perjalanan untuk kembali ke Kulim, Belalang telah menangkap beberapa kepingg gambar untuk tatapan pembaca blog ini. Apa pendapat anda? seolah-olah esok dah dekat sangat nak pilihanraya. Semangat betul orang-orang Baling ni nak menunaikan tanggungjawab kepada negara. Harapnya hari mengundi nanti, peratusan yang keluar mengundi adalah tinggi. Jangan hanya setakat semangat gantung bendera sahaja tapi benda yang paling penting iaitu mengundi tidak pula dibuat :) Terima kasih kerana membaca...

Lagi Haiwan Peliharaan Terbaru Belalang Jr.

Imej
kucing dah bela, ikan dah bela, kura-kura pun dah ada bela di rumah tu. Ingat ke dah cukup, rupanya ada lagi haiwan yang dia nak bela. Kali ni ada lagi nak tambah untuk Belalang Jr. tu. Agak-agak apa pula la yang Belalang Jr. nak kali ni? Nak tau, cuba anda scroll ke bawah untuk melihat gambar haiwan tersebut... - - - - - - - - - - - - -   Arnab pula dia minta kali ni. Adoiyai...   Tengok muka Belalang Jr. seronok sangat dapat arnab tu Tension ja muka arnab tu sebab kena buli dengan Belalang Jr. Yang sebenarnya Belalang Jr. tidaklah begitu excited nak arnab dari jenis Angora ni. Yang melebih-lebih nak si Mrs.Belalang tu. Takut Belalang tak nak beli, dia gunakanlah nama si Belalang Jr. Kononnya si Belalang Jr nak, kesian kat dia. Eleh, macam la tak tahu trick Mrs.Belalang tu. Hehehe... Belalang beli arnab ni di Baling tengahari tadi sewaktu balik ziarah mak dan ayah di kampung. Beli sepasang dengan harapan akan berganda beberapa ratus ekor :P Sebe...

Catatan Perjalanan Ke Pantai Merdeka

Imej
Rasanya Masih belum terlambat untuk Belalang ucapkan selamat hari pekerja kepada semua pekerja yang bekerja makan gaji, bekerja sendiri, kakitangan kerajaan, pekerja swasta atau apa sahajalah pekerjaan yang anda lakukan yang membantu perkembangan ekonomi negara dan setempat (macam ahli politik pula). 1 Mei sememangnya hari cuti kepada semua pekerja setiap tahun. Dan tahun ini Belalang telah pergi berkelah ke Pantai Merdeka bersama ahli keluarga yang lain. Kali terakhir Belalang berkelah di sana kalau tak silap Belalang tiga tahun sudah, sebelum Belalang Jr. lahir. Seawal pagi hari lagi Mrs.Belalang sudah bertungkus-lumus menyiapkan juadah-juadah yang akan kami nikmati di tepi pantai nanti. Antara hidangan yang disediakan oleh Mrs.Belalang Mrs.Belalang Sedang goreng bihun Antara hidangan yang Mrs.Belalang sediakan adalah nasi lemak, bihun, ayam goreng, ayam masak merah dan sedikit keropok sayur. Sekitar pukul 10:30 pagi Belalang bertolak keluar dari rumah. Singgah rumah...