Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Moga Kau Maafkan Kami

Imej
Masih ingat pada entry Belalang yang bertajuk 'Lagi Haiwan Peliharaan Terbaru Belalang Jr.' ? Entry tentang Belalang membelikan sepasang arnab kepada Belalang Jr. Semenjak dapat baby baru, Belalang akui agak kurang memberi perhatian kepada arnab-arnab ini. Makan minum mereka pun dah tak terjaga. Sebenarnya Belalang dan Mrs.Belalang sedang hadapi masalah baby tak mahu tidur malam. Baby hanya lelap dalam 5 ke 10 minit. Selepas itu dia akan terjaga dengan sendirinya dan menangis. Begitulah yang berlaku berulang-ulang kali saban malam hinggalah pukul 7-8 pagi baru dia akan tidur lama sedikit. Terperinci mengenai hal ini akan Belalang ceritakan kemudian. Dipendekkan cerita, bangun pagi tadi Belalang lihat seekor dari arnab Belalang dah pun mati. Terkejut juga pada mulanya. Kelmarin memang Belalang lihat arnab itu akan lain. Tapi Belalang sangkakan dia mahu beranak. Rupanya lain jadinya. Walaupun pada mulanya Belalang tak begitu berminat mahu membela arnab-arnab ini, namun

Ceramah Ustaz Fathul Bari Di Taman Emas, Kulim | 15 September 2012

Imej
Eh, ustaz Fathul Bari akan berada di Kulim malam ni. Sebelum ini Belalang hanya melihat ustaz muda ini di Youtube dan blog-blog. Rasanya Kalau tiada apa-apa halangan, teringin juga untuk mendengar ustaz ini berceramah nanti. Bagi mereka yang berada di kawasan Kulim, jom ramai-ramai kita ke sana. MALAYSIA =  NEGARA ISLAM??? SABTU 9 MALAM 15 SEPTEMBER 2012 PADANG TAMAN EMAS, KULIM Sedikit info biodata dan latar belakang tentang ustaz Fathul Bari- Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya adalah anak bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahaya Hussin. Beliau adalah penasihat agama di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU). Fathul Bari berkelulusan sarjana muda dalam bidang pengajian hadis di Universiti Madinah dan sarjana daripada Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau kini belajar peringkat doktor falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) di Kuala Lumpur. - Wikipedia Di bawah ini pula vi

Video Inilah Yang Membangkitkan Kemarahan Umat Islam Di Libya & Seluruh Dunia

Imej
Baru-baru ini meletup-letup di akhbar-akhbar dan dunia internet mengenai kematian Duta Amerika Syarikat dan beberapa lagi rakyat negara itu dalam protes yang berlaku di negara Libya. Sebabnya adalah kerana penghasilan sebuah Filem. Filem yang memburukkan Nabi Muhammad dan agama Islam. Video yang berdurasi hampir 15 minit ini ada dimuat naik ke Youtube dan bilangan mereka yang menonton video ini telah melebihi 100,000. Youtube hari ini telah menyatakan yang mereka tidak akan memadam video tersebut kerana kandungan video itu tidak melanggar polisi yang ditetapkan oleh mereka. Bagi yang belum menonton, Belalang sarankan tak payahlah anda mencari video itu. Anggap sahaja mereka yang menghina Islam ini adalah terdiri dari mereka yang tidak memahami sepenuhnya agama Islam (memang tak faham pun). Daripada memaki hamun mencarutkan pembikin filem dan pelakon ini, lebih baik kita berdoa semoga pintu hati mereka terbuka untuk menerima Islam satu hari ini. Satu lagi Belalang pesan, tak p

Resepi Istimewa Hari Ini

Imej
Hari Sabtu yang indah. Sejuk dan nyaman hari ini kan? rasanya kebanyakkan tempat di bumi bertuah Malaysia ini dibasahi hujan pagi tadi. Alhamdulillah, hujan rezeki tu :) Belalang hari ini keseorangan setelah menghantar Mrs.Belalang, Belalang Jr. dan baby pulang ke kampung Baling. Bosan juga bila tinggal sorang-sorang. Mujurlah ada anak saudara Belalang seorang tinggal bersama. Boleh juga la buat teman berbual. Tadi ada baca satu berita tentang seorang pekerja temui pisau lipat dalam sambal tumis di kantin kilangnya. Nak baca klik sini . Belalang pernah bekerja di kantin juga satu masa dahulu. Kantin kepunyaan makcik. Biasanya bahan-bahan yang nak dimasak dipotong gunakan pisau-pisau khas. Tak pernah pula la Belalang lihat orang masak guna pisau lipat. Memang hairan bin ajaib kes ini. Adakah ada pekerja yang cuba sabotaj pemilik kantin tersebut atau sememangnya pemilik kantin tersebut mengambil ringan tentang aspek kebersihan? Apa yang menarik dalam berita tersebut, menurut s

Hanif Idrus Segmen Menerjah

Imej
Belalang telah mendapat jemputan oleh seorang sahabat blogger, Hanif Idrus untuk menyertai segmen yang dijalankannya. Jemputan tersebut telah ditinggalkannya di ruangan komen blog Suara Bawah Tanah . kepada saudara Hanif, Belalang ucapkan terima kasih atas jemputan tersebut. Belalang tersangatlah berbesar hati untuk menerimanya. Selain daripada perlu tampal banner di atas tersebut pada entry, salah satu syaratnya juga adalah Belalang perlu tag dua orang rakan blogger lagi. Oleh itu Belalang nak ajak rakan-rakan blogger Belalang ini untuk sama-sama turut memeriahkan segmen ini- Mama Aini Rainbow Cloudy Diana Rashid Padinno Tag lebih tak apakan Hanif? hehehe Tarikh tutup segmen ini adalah pada 30 September 2012. Jadi kepada yang berminat, sila-sila la buat entry macam ni dan tinggalkan link entry anda itu di blog Hanif Idrus di sini . Terima kasih kerana membaca...