Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Mula Sekali Lagi

Imej
Betul la kata orang, ada ilmu kena selalu amalkan takut nanti lupa. Macam tu juga la dengan blog. Bila dah lama tak menulis, mulalah terasa macam janggal pula nak menulis. Tak larat nak nganga mulut dah cari idea. Nasib lalat tak terjun kuak lentang lagi dalam mulut ni. Hehehe... Sepanjang Belalang tak menulis blog, banyak juga perkara-perkara yang berlaku. Ada yang best ada juga yang tak. Tapi itu la, nak olah untuk dijadikan cerita dah terlupa. Setengahnya tiada idea nak olah macam mana. Jadi Belalang bercadang nak kongsi gambar sajalah untuk entry ini. Ceritanya pandai-pandailah anda yang baca membuat jalan cerita. Siapa yang teka kisah disebalik gambar tu dengan betul, sila tuntut hadiah anda di rumah ketua kampung, ketua kampung yang berdekatan dengan anda :)   Dua gambar atas ni Belalang bawa Mrs.Belalang sambut harijadinya. Tu atas tu anak saudara Tiga gambar ni pula suasana sewaktu PM datang Kulim dalam program Janji Ditepati... Psst, kenal tak perempuan pakai topi

Datang & Pergi

Imej
Di sebuah padang yang hijau lagi permai dimana rumput-rumputnya tumbuh dengan menghijau, terdapat seekor belalang yang suka bermain disitu. Hampir setiap hari belalang tersebut akan datang bermain di situ. Belalang memang menyukai tempat itu. Baginya padang itu adalah ibarat rumahnya. Namun, entah apa sebabnya belalang tersebut sudah tidak dapat mengunjungi padang kegemarannya itu seperti selalu. Bukan bermaksud yang ia sudah jemu dengan padang itu. Belalang sentiasa rindukan tempat sepermainannya itu. Belalang sentiasa berharap semoga dia akan selalu mempunyai waktu seperti dahulu untuk bermain-main di padang itu. Gambar hiasan... Belalang Jr. di padang permainan Kini, setelah sekian lama menghilang, belalang tersebut kembali lagi menjengah tempat bermainnya. Belalang ingin terus berada di padang yang permai ini sampai bila-bila. Semoga impian si belalang menjadi kenyataan. ** Kisah rekaan yang tiada kaitan dengan mana-mana belalang, baik yang hidup ataupun sudah mati :P