Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Meet The Doktor Pakar

Pagi-pagi lagi belalang dan mrs.belalang dah menunggu di hospital kulim. Mrs.belalang ada janji dengan doktor pakar. Pejam celik, pejam celik, tinggal lagi sebulan untuk kami menyambut ahli keluarga baru. Berdebar-debar juga hati ni. Harap akan dipermudahkan segala hal olehNya. Mrs.belalang dapat nombor 60. Pesakit yang sedang dirawat sekarang baru nombor 27! Aduh, lambat lagi ni. Tapi apa boleh buat. Nak tak nak kena la juga tunggu. Hmmm... Terima kasih kerana membaca...

Penampakkan Makhluk Halus Di Tesco Kulim

Imej
Tesco Kulim banyak sangat makhluk halus. Ya, Belalang tak tipu. Belalang sendiri dah berjaya melihat dan merakam gambar makhluk-makhluk halus yang berkeliaran dalam pasaraya Tesco Kulim tersebut. Sebelum ini Belalang hanya mendengar kisah ini dari mulut sahabat-sahabat Belalang. Belalang sendiri masih belum pernah melihat dan menyaksikannya sendiri. Namun pada suatau hari yang indah beserta yang angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, Belalang telah berjaya menyaksikan makhluk gerombolan makhluk halus tersebut. Tak mahu melepaskan dengan apa yang Belalang lihat ini, dengan segeranya Belalang merakam objek-objek ini. Lagipun rakaman ini sebagai bukti yang Belalang bukan hanya bercakap kosong. Tengok gambar-gambar di bawah ini-  Perhatikan betul-betul pada lantai-lantai itu. Begitu banyak makhluk halus. Tak nampak?   Itu beberapa lagi makhluk-makhluk halus. Tak nampak juga? di bawah ini lagi jelas - - - - - Itulah dia makhluk-makhluk halus yang Belalang cakapkan Mujur m

Belajar update blog melalui telefon

Percubaan update blog menggunakan telefon. Jujur cakap belalang tak begitu suka update blog melalui telefon sebab tak puas. Tulisan melalui telefon juga terlalu terhad. Namun rasanya lebih baik daripada membiarkan blog tidak berupdate begitu saja, betul tak? Seperti yang anda sedia maklum, musim cuti sekolah disamakan juga dengan musim orang kahwin. Jadi rasanya tak payah la belalang cerita lebih-lebih betapa sibuknya belalang pada musim-musim begini. Ada masa nanti akan belalang kembali update blog ini