Kronologi Lengkap Zara Qairina Dari Awal Kes Hingga Hari Penggalian Kubur Semula
Kes Zara Qairina Mahathir , pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan Sabah telah membuka mata banyak pihak akan kejadian buli di sekolah dan juga bagaimana kes ini dikendalikan dari awal. Ketika artikel ini ditulis, kubur arwah adik Zara baru sahaja selesai digali kembali untuk proses bedah siasat (post mortem). Diharap dengan perkembangan ini, semoga keadilan dapat ditegakkan kembali kepada arwah adik Zara. Dibawah adalah kronologi tentang kes ini yang penulis salin dan kongsi disini. Penulisan asal dari profile pemilik Rozie Rahman . ---------- SEJARAH ARWAH ZARA ADALAH HIKMAH UNTUK KITA YANG MASIH LEKA DENGAN SOLAT & AL QURAN SELAIN PENGAJARAN UNTUK MEREKA YANG ZALIM TAKKAN TERLEPAS DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT. Zara Qairina Mahathir iaitu pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada jam 3 pagi, 16 Julai lalu. Mangsa kemudian disa...