Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tesco kulim

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Imej
Seorang pemilik akaun Facebook telah memuat naik satu status tentang kemalangan berpunca dari troli membawa barang di Tesco Kulim yang rodanya tidak mencengkam pada travelator. Status bersama dua keping gambar kejadian yang dimuat naik ke group Info Cegah Jenayah @ Kulim, dikatakan berlaku 10 malam 20 Mei, telah mendapat respon dari pemilik-pemilik akaun yang lain. Kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang pengunjung pasaraya tersebut mengalami kecederaan. Mujurlah tiada kemalangan jiwa. Rata-rata pemilik akaun meluahkan pendapat tentang kebanyakkan troli membawa barang di Tesco Kulim menghadapi masalah pada roda. Pendapat itu mendapat sokongan dari pengguna lain yang memberikan pendapat hampir sama tentang masalah tersebut. Namun ketika punca dilihat seperti kesalahan pihak Tesco, tampil seorang lagi pemilik akaun Facebook menyatakan yang pelanggan terbabit tidak menggunakan troli barangan yang disediakan oleh pihak Tesco. sebaliknya, pengguna tersebut ...

Koleksi Po & Geng Di Tesco Malaysia | Kung Fu Panda 3

Imej
Bermula dari 10 Mac yang lalu hingga 1 Jun 2016 bersempena dengan tayangan Filem animasi Kung Fu Panda 3 , Tesco Malaysia telah mengadakan satu promosi koleksi Po & Geng . Belalang yang selalu membeli barang keperluan di Tesco, secara tidak langsung berpeluang untuk mengumpul dan menebus salah satu koleksi yang ditawarkan. Jika tak silap kesemua stiker ini Belalang kumpul dari pembelian barangan di Tesco Kulim. Seperti yang dapat anda lihat pada gambar diatas, dengan setiap pembelian Rm30 ke atas akan menerima sekeping stiker karikatur watak di dalam filem Kung Fu Panda 3. Anda perlu melekatkan stiker ini pada kertas khas yang diberikan. Selepas cukup kesemua 8 stiker, sila bawa ke kaunter khidmat pelanggan untuk membeli salah satu koleksi yang ada. Belalang mengambil colour changing mug dengan menambah lagi RM9.90. Sampai harini Belalang simpan elok-elok mug Kung Fu panda ni. Siap sorokkan dari anak-anak. Tersangatlah melebih-lebihnya kaum bapa ini. K...

Penampakkan Makhluk Halus Di Tesco Kulim

Imej
Tesco Kulim banyak sangat makhluk halus. Ya, Belalang tak tipu. Belalang sendiri dah berjaya melihat dan merakam gambar makhluk-makhluk halus yang berkeliaran dalam pasaraya Tesco Kulim tersebut. Sebelum ini Belalang hanya mendengar kisah ini dari mulut sahabat-sahabat Belalang. Belalang sendiri masih belum pernah melihat dan menyaksikannya sendiri. Namun pada suatau hari yang indah beserta yang angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, Belalang telah berjaya menyaksikan makhluk gerombolan makhluk halus tersebut. Tak mahu melepaskan dengan apa yang Belalang lihat ini, dengan segeranya Belalang merakam objek-objek ini. Lagipun rakaman ini sebagai bukti yang Belalang bukan hanya bercakap kosong. Tengok gambar-gambar di bawah ini-  Perhatikan betul-betul pada lantai-lantai itu. Begitu banyak makhluk halus. Tak nampak?   Itu beberapa lagi makhluk-makhluk halus. Tak nampak juga? di bawah ini lagi jelas - - - - - Itulah dia makhluk-makhluk halus yang Belalang cakapkan...