Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pilih kasih 3

Miza Azura Tersingkir | Betul-betul Pilih Kasih Ke?

Imej
Seperti biasa pada malam Ahad keluarga Belalang tak pernah lepaskan untuk menonton pentas Pilih Kasih (PK). Tujuannya adalah untuk memberi sokongan dan juga melihat Miza Azura Membuat persembahan. Namun langkah Miza Azura dalam PK terhenti sampai di sini saja apabila Miza diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu ini. Agak terperanjat juga kami semua apabila nama Miza diumumkan tersingkir kerana sebelum ini Miza tidak pernah berada pada kedudukan 3 terbawah. Namun seperti juga Miza, kami yang selama ini menyokongnya juga menerima dengan akur keputusan penyingkiran itu. Cuma agak terkilan kerana ada beberapa sebab yang kami rasakan seolah-olah PK menipu mengundi-pengundi peserta mereka. nak tahu tipu yang macam mana? baca tulisan dalam print screen ini- Sekiranya benar bagai yang didakwa, sememangnya kami termasuk Belalang yang menghabiskan duit mengundi peserta PK telah ditipu oleh PK. Untuk apa dibuat format undi sekiranya segala keputusan terletak di tangan Rosyam? ...

Pilih Kasih 3 | Vote For Miza Azura!

Imej
Rancangan Pilih Kasih 3 (PK3) telah pun bermula secara rasmi semalam apabila 16 finalis PK3 telah pun diperkenalkan. Tiba-tiba pula Belalang bercerita pasal PK3. Apa kaitan rancangan tu dengan Belalang? Sebenarnya rancangan PK sebelum-sebelum ini memang tiada kena mengena dengan Belalang. Tapi untuk PK musim ini ada kaitan sedikit. Sebabnya salah seorang finalis 16 yang terpilih itu, salah seorang adalah sepupu Belalang Miza Azura . Miza sebelum-sebelum ini memang aktif dalam bidang lakonan dan Model. Malah Miza pernah menjadi juara cover girl untuk majalah Cosmopolitan 2011. kalau nak bercerita pasal Miza, rasanya kena buat entry bersambung-sambung sebab terlampau banyak. Namun yang pasti pertemuan pertama Belalang dan Mrs.Belalang adalah disebabkan Miza... Ops, itu pun kena buat entry lain. Hahaha... Kepada Miza, buat yang terbaik dan semoga berjaya melangkah sejauh yang mungkin. Kepada kawan-kawan Belalang, sudi-sudilah untuk undi Miza Azura. Undi anda membantu Miza mereal...