Review Santai | Lagenda Budak Setan 2 - Katerina
Lagenda Budak Setan 2-Katerina , jika nak dibandingkan dengan Lagenda Budak Setan yang pertama, kedua-duanya ada kekuatan yang tersendiri. Jika Lagenda Budak Setan 1 lebih dulu kita lihat Kasyah bersusah payah untuk dapatkan Ayu, kali ini kita akan mengikuti pula ketabahan Kasyah sebagai bapa tunggal dalam membesarkan anaknya Atirah (Ayu meninggal ketika lahirkan Atirah). Disamping itu penonton akan melihat bibit bercinta Kasyah dan Katerina (dulu lakonan Fazura, yang baru ni Maya Karin Ambil alih) dan juga penghalang baru cinta Kasyah iaitu Hisyam (lakonan Bront Palarae). Disamping itu Ayah Katerina juga menyimpan sedikit dendam kepada Kasyah kerana membuat anaknya kecewa hingga hampir bunuh diri satu masa dahulu. Maka ayahnya pun mengaturkan satu tipu helah itu memutuskan hubungan Kasyah dan Katerina. Komen Belalang? Boleh tahan la cerita ni. Tapi macam kosong sikit jika nak dibanding dengan first dulu. Cuma itu la nasib Kasyah, tak habis-habis dirundung malang. Nasib ...