Sebab Mengapa Perlu Guna Instagram Jana Pendapatan Online
Adakah anda diantara orang-orang yang sedang menjana pendapatan online di Instagram ? Jika ya, tahniah Belalang ucapkan! Belalang ni baru saja berjinak-jinak guna Instagram. Sekarang baru sedar mengapa perlu guna Instagram untuk jana pendapatan. Pada mulanya Belalang rasanya seperti Instagram ini hanya sesuai untuk mereka yang gila bergambar dan selfie. Kerana Belalang tidak suka bergambar, jadi Belalang langsung tak pernah ambil kisah tentangnya. Sehinggalah Belalang temui rahsia tentangnya di sini (klik) , barulah Belalang sedar potensi yang ada di Instagram. Sedikit tips atau cara yang Belalang rasa perlu anda lakukan bagi memulakan bisnes anda di Instagram- 1. Gambar Tak dinafikan yang Instagram diwujudkan untuk pengguna berkongsi gambar. Jadi sudah tentulah perkara utamanya juga berkaitan dengan gambar. Pastikan gambar anda menarik dan jelas. Jika anda seorang jurugambar perkahwinan dan sebagainya, mana tahu dengan hasil kerja yang kemas pasti akan ada yang hu...