Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Berjaya Berpuasa Penuh!

Imej
Sebelum ini Belalang ada kongsikan tentang Belalang Jr. yang belajar untuk berpuasa pada hari pertama puasa. Sebenarnya puasa pada hari pertama Belalang Jr. hanya bertahan hingga pukul 3 petang. Lepas tu dia dah tak tahan bila adiknya dia datang makan di depan dia. Dugaan betul tu. Hahaha... Tetapi Belalang tak berikan sebarang tekanan kepada Belalang Jr. Sebaliknya Belalang berikan kata-kata pujian seperti bangga dengan semangat dia dan sebagainya. Hasilnya, kelmarin untuk hari kedua berpuasa Belalang Jr. dah berjaya menahan dirinya dari hingga tiba waktu berbuka! Terkejut juga Belalang waktu baru sampai ke rumah lepas balik kerja dan diberi tahu oleh Mrs.Belalang. Bangga juga rasa dihati dengan semangat yang ditunjukkan oleh Belalang Jr. Untuk meraikan kejayaan dia berpuasa penuh dan juga menyambut harijadi Mrs.Belalang yang juga jatuh pada hari kelmarin, Belalang sekeluarga berbuka puasa di sebuah kedai nasi arab dalam kawasan Kulim juga. Hari ini Belalang Jr.

Selamat Berpuasa Kepada Semua

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua... Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang telah dijanjikan dengan pelbagai ganjaran yang lumayan oleh-Nya. Amat rugi rasanya jika kita tidak memanfaatkan sebaik mungkin segala ganjaran yang dijanjikan pada bulan ini. Untuk puasa hari pertama ini, Belalang bekerja seperti biasa. Jika diikutkan negerri Kedah akan bercuti pada setiap kali puasa pertama. Tetapi memandangkan Belalang bekerja di kawasan yang berada di negeri Pulau Pinang, makanya tiadalah cuti pada hari ini. Puasa kali ini ada sesuatu yang istimewa pada Belalang. Manakan tidak, hari ini adalah hari pertama Belalang.Jr belajar berpuasa. Bermula dari sahur tadi, nampak dia begitu teruja untuk berpuasa. Harapnya hingga waktu berbuka nantilah Belalang.Jr mampu mengharunginya. Tetapi jika sebaliknya, Belalang tetap berbangga dengan semangat nak ber