Rabu, 27 Mac 2013

Budak 8 Bulan Yang Meletihkan


Baru sahaja beberapa hari lepas usia si kecil ini dah 8 bulan. Walaupun baru 8 bulan, tapi nakalnya mengalahkan kakaknya Belalang Jr. Pening Belalang dan Mrs.Belalang melayan karenah dia.

Selain daripada Belalang dan Mrs.Belalang, baby cukup takut dengan orang lain. Tak kiralah, sepupu dia ke, Mak Tok dan Tok Wan ke, Pakcik Makcik ke, dengan siapa pun dia tak mahu. Sangat berbeza dengan Belalang Jr. yang sedari kecil tak kisah langsung dengan sesiapa.

Nasib baiklah kami ni bekerja sendiri. Kalau hantar kepada orang lain untuk jaga, mau angin satu badan juga orang tu nak dengar baby ni menjerit setiap hari dan setiap masa.

Satu lagi perangai baby yang tersangatlah 'comel' ni, tangan dan kakinya cukup cepat mencapai apa sahaja yang menarik perhatian dia. Tak dapat dengan tangan, dengan kaki pun boleh :)

Agaknya bagaimana ya caranya supaya baby tak takut dengan orang lain? Kalau baby tak takut dan mudah mesra dengan orang, senanglah kerja Belalang dan Mrs.Belalang nak tinggal dia dengan Mak Tok atau macik dia ketika kami keluar selesaikan beberapa urusan penting.

Tolong kejap beri idea yang bernas kawan-kawan... ngee

Terima kasih kerana membaca...

Jumaat, 8 Mac 2013

Cara Hantar SMS Melalui Google Email

Salam sejahtera dan selamat berhari Jumaat. Agak lapang Belalang dalam sehari dua ini selepas habis melalui minggu yang sibuk pada minggu sudah. Masa-masa yang terluang ini Belalang gunakan sebaik mungkin untuk kembali siapkan kerja-kerja internet yang tertangguh.

Entry ini Belalang nak kongsikan cara menghantar SMS melalui Google email. Belalang kadang-kala guna juga cara ini untuk menghantar SMS lagi-lagi waktu kredit telefon expired dan waktu tu pula tengah kecemasan.

Cara untuk menghantar SMS melalui Google email tak lah sesusah mana pun. Mula-mula seperti biasa sign-in ke akaun google anda, selepas itu terus pergi ke email.



Sesudah anda masuk ke email, anda akan nampak paparan seperti di atas. Tengok pada sebelah kiri, pada bahagian chat. Isikan nombor telefon yang ingin anda hantar SMS. Rujuk gambar atas ye




Sesudah anda masukkan nombor telefon, akan keluar dibahagian bawahnya satu kotak pertayaan. Klik pada send SMS. Rujuk gambar di atas :)




Selepas itu akan keluar satu pop-up window yang meminta anda isikan nama pengguna nombor telefon tersebut. Perkara ini hanya dilakukan sekali pada waktu kali pertama anda mahu hantar SMS pada nombor tersebut.




 Selepas itu akan keluar satu tetingkap kecil seperti kotak chat di Facebook. Setiap hari anda akan diberikan 50 kredit SMS yang bermaksud anda boleh menghantar SMS sebanyak 50 kali sehari. Rujuk pada nombor (1) dalam gambar di atas. Pada bahagian nombor (2) pula ialah tempat untuk anda menulis SMS.




Gambar yang terakhir ini pula ialah contoh SMS yang diterima oleh nombor telefon yang anda hantarkan SMS sebentar tadi.

Sebenarnya ada cara untuk anda menambah kredit SMS yang disediakan oleh Google ini. Cumanya Belalang tak begitu ingat bagaimana caranya.

Sekiranya anda merasakan perkongsian ini sesuatu yang sangat berguna, sudilah kiranya untuk menekan butang facebook share yang terdapat pada bahagian kanan atas entry ini.

Terima kasih kerana membaca...

** SMS yang dihantar adalah percuma sebanyak 50 kredit yang disediakan Google. Sekiranya penerima SMS anda mahu membalas SMS yang dihantar, dia akan dicas bergantung pada berapa bayaran yang telah ditetapkan oleh setiap telco.

GOOGLE TELAH MENGHENTIKAN KEMUDAHAN MENGHANTAR

SMS MELALUI GMAIL. TUTORIAL INI TIDAK LAGI BOLEH DIGUNA

PAKAI. HARAP MAAF...

Khamis, 7 Mac 2013

Minggu Sibuk Bagi Tahun 2013

Minggu lepas adalah minggu-minggu yang paling sibuk bagi Belalang untuk tahun 2013. Manakan tidak, Belalang telah menyewa satu slot kedai pada satu program anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi nama Kulim AgroFest. Tujuh Hari program ini berlangsung dengan pelbagai program menarik disusun bagi menarik orang ramai datang ke sini.

Belalang yang menyewa satu tapak berkeluasan 20'x10' membawa barang-barang jualan kedai Belalang dan juga memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Walaupun Belalang dah berniaga selama 5 tahun, namun begitu masih ada juga yang bila datang ke kedai Belalang akan berkata, "eh, ni kedai baru ka? Awat tak pernah nampak pun sebelum ni?" =.=!

Sebahagian barangan dari kedai yang dibawa ke tapak pesta. Bekas-bekas sewaan untuk kahwin, gubahan manisan dan juga contoh-contoh sirih junjung

Tak mahu mengharapkan hanya pada perkhidmatan kedai, Belalang juga turut menjual kolagen rumpai laut ungu grea AAA atau lebih dikenali dengan pure marine collagen (PMC). Seperti yang dijangka, sambutan terhadap produk ini benar-benar menggalakkan. Tujuh hari Belalang di sana, berjaya menjual 10kg PMC. Malah Belalang juga mempelbagaikan jualan PMC dengan mambuat jus oren kolagen, PMC yang telah siap di masak, serta agar-agar kolagen.

Kolagen rumpai laut mentah dan dah siap dimasak.

Kami juga (Belalang dan Mrs.Belalang) menjual kerongsang-kerongsang hasil tangan Mrs.Belalang yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Walaupun terdapat saingan menjual kerongsang dari beberapa gerai lain, namun kerongsang jualan kami tetap menjadi perhatian pengunjung.

Kerongsang yang dihasilkan Mrs.Belalang mencuri perhatian pengunjung

Tak ketinggalan juga Mrs.Belalang menyediakan khidmat mengukir inai henna di tapak ini dengan bayaran serendah RM5! Sambutan sangat-sangat menggalakkan. Hinggakan pada satu masa, beratur orang mahu mengukir inai di tapak tangan.

Mrs.Belalang sedang mengukir inai. Dua yang berdiri di belakang juga sedang menunggu giliran.

Bagi Belalang, secara peribadinya Belalang anggap program anjuran PBT Kulim ini berjaya walaupun kami peniaga di sana terpaksa menjual dalam keadaan hujan (7 hari hujan sentiasa). Malah program yang baru pertama kali di adakan di Dataran Sejahtera Kulim ini mampu menarik lebih ramai pengunjung seandainya cuaca mengizinkan serta promosi diperhebatkan lagi bagi menghebahkan ke seluruh Kulim dan kawasan sekitar.

Sekiranya ada lagi pada masa akan datang, berkemungkinan besar Belalang akan turut serta lagi memandangkan inilah salah satu cara terbaik bagi Belalang untuk mempromosikan produk dan kedai milik Belalang kepada pelanggan dengan cara yang lebih dekat lagi :)

Terima kasih kerana membaca...

p/s- dua tiga kali baca balik entry ini, memang sebijik macam karangan budak sekolah. Tiada langsung uncur santai. Maaf ye kawan-kawan... Hahaha...

Pautan Artikel Menarik