Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Kedai Cantik + Makanan Sedap = Pakej Lengkap

Imej
Sambil tulis entry, sambil pekena satay... perh! memang nikmat. Ops, lama tak tulis entry, tiba-tiba tulis mukadimah terus cerita pasal makan. Maaf ye, tapi memang entry ni ada kaitan dengan makanan. Suka makan di luar tak? maksud Belalang makan di gerai atau restoran? Belalang kebelakangan ni kerap betul makan di luar rumah. Mrs.Belalang sibuk sangat baru-baru ni. Jadi sebagai suami yang penyayang (wek!) Belalang pun tak benarkan Mrs.Belalang masak. Sebaliknya kami makan di luar sahaja. Tengah hari tadi Belalang singgah makan ke satu restoran nasi ayam. Jika dilihat dari luaran seperti cara hias dan konsep restoran ni yang kelihatan gah, sememangnya mampu menarik perhatian orang-orang yang sedang kelaparan seperti Belalang untuk singgah dan makan. Cantik betul hiasan di restoran ini. Daricat  warna dinding, perabot dalaman dan cara layanan dari pelayan, sememangnya Belalang beri markah penuh. Belalang pun pesan nasi ayam black papper, sementara Mrs.Belalang makan mee kuah (kalau

Perginya Seorang Sahabat Blogger | Chaon Zonda

Imej
Belalang baru sahaja mengetahui berita sedih yang menimpa seorang sahabat blogger iaitu Chaon Zonda atau nama sebenar arwah  Shahrul Khamar Sharifuddin. Belalang mengenali Chaon ketika mula-mula baru berjinak dalam dunia blogger. Sepanjang mengenalinya, arwah seorang yang ceria dan suka bergurau.  Isteri Chaon juga seorang blogger, Kech Hidayah . Sewaktu perkahwinan mereka yang berlangsung beberapa bulan lalu, Kech ada menjemput Belalang ke majlis mereka. Namun atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, Belalang tidak dapat bersama memeriahkan majlis perkahwinan mereka. Kepada  Kech Hidayah  dan keluarga, takziah Belalang ucapkan. Semoga  Kech Hidayah  kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan ini. Belalang faham, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Tuhan lebih sayangkan arwah dari kita semua. Entry ini Belalang tuliskan sebagai penghormatan terakhir untuk arwah. Semoga rohnya tenang bersemadi di sana. Al-fatihah...

Hot Keywords Jan 2013 | Tebus Rebat RM200

Imej
Entry pertama untuk bulan Februari 2013. Sebenarnya Belalang tengah download satu ebook sejak pukul 2:30 petang tadi.Sekarang dah pukul 4 petang tapi baru berjaya download setengah! sedih... sedih... Jadi sambil-sambil tunggu proses download selesai, Belalang gunakan kesempatan ini untuk update blog ini. Belalang nak kongsikan disini mengenai 'kata kunci panas' atau 'hot keywords' sepanjang bulan Januari 2013 lepas. Blog ini bukanlah sebuah blog SEO, sebaliknya ia lebih kepada blog personal. Namun begitu tajuk-tajuk entry dalam blog ini memang sengaja Belalang gabungkan dengan beberapa keyword supaya dapat juga pembaca dari search engine :) Ok, jom tengok print screen keyword bulan sudah yang melekat di blog ini- Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas Sebahagian besar mereka yang singgah ke blog ini mencari sesuatu yang berkaitan dengan kedai tebus rebat RM200 . Entry ini ada Belalang kongsikan pada post sebelum ini ==> Susahnya Nak Tebus Rebat