Catatan

Tunjukkan catatan dari April 1, 2012

Mahu Delete Account FB Arwah

Imej
Ingat lagi pada entry Belalang bertajuk 'Gambar FB | Kurangkan Beban Dosa Arwah' ? jika belum pernah membaca, sila klik pada tajuk itu untuk membacanya. Hari ini Belalang terjumpa lagi dengan hal yang hampir sama seperti itu. Dikatakan pemilik FB ini baru sahaja terlibat dalam kemalangan dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tak lama selepas itu ibu arwah bermimpi yang arwah datang merayu-rayu supaya akaun FB nya ditutup memandangkan terlalu banyak gambarnya yang tidak menutup aurat menjadi tatapan umum. Link FB arwah juga disertakan supaya mudah kepada sesiapa yang membaca kisah tersebut menekan butang report/block supaya akaun FB arwah akan di delete oleh pihak FB. Sedih Belalang apabila membaca kisah tersebut. Ajal datang tidak mengira tua atau muda, tidak kira lambat atau cepat. Jika ditakdirkan sekejap lagi ajal datang menjemput kita, maka pergilah kita mengadap-Nya dengan berbekalkan apa yang ada. Kita tidak dapat tangguhkan ia walaupun sesaat. Cada