Taman Burung Kulim Dibuka Kembali!

Sekitar tahun 90-an dahulu di Kulim ada sebuah Taman Burung. Belalang masih ingat ketika itu Belalang masih bersekolah rendah. Waktu tu seronok sangat bila abah bawa jalan-jalan situ. Masa terus Berlalu dan Taman Burung Kulim hilang ditelan zaman.

taman burung kulim dibuka kembali

taman burung kulim dibuka kembali
Pintu masuk ke Taman Burung Kulim

Kini setelah sekian lama tempat ini dibiarkan kosong, Majlis Perbandaran Kulim (MPK) memutuskan untuk membuka kembali Taman Burung Kulim.

Baru-baru ini Belalang mengambil peluang untuk melawat kembali tempat nostalgia waktu Belalang kecil-kecil ini. Kalau dahulu abah Belalang datang sini bawa Belalang dengan abang dan kakak, kini Belalang pula datang dengan membawa anak-anak Belalang.

taman burung kulim dibuka kembali

taman burung kulim dibuka kembali

Sekarang ni baru Belalang sedar tak adalah besar mana pun taman burung ni. Tetapi waktu Belalang kecil-kecil dulu terasa macam besar sangat taman ni. Perasaan itu mungkin dirasai pula oleh Belalang Jr. dua orang ni.

Masih belum siap sepenuhnya Taman Burung Kulim ini kerana Belalang perasan ada satu sangkar paling besar masih lagi dalam kerja-kerja baik pulih. Tetapi keseluruhan dalaman taman ini telah dijaga dengan elok

taman burung kulim dibuka kembali
Kerja-kerja pembinaan masih berjalan

Haiwan yang terdapat di sini tidaklah banyak seperti itik, arnab, kura-kura gergasi, musang, monyet dan beberapa jenis burung. Cukuplah sekadar nak mengembirakan hati kanak-kanak.

taman burung kulim dibuka kembali

taman burung kulim dibuka kembali

Taman ini dibuka pada pukul 10 pagi hingga 6 petang dari hari Selasa hingga Ahad. Manakala pada hari isnin Taman Burung Kulim tidak beroperasi pada orang ramai.

Bagi Belalang tempat ini masih boleh dijadikan salah satu tempat riadah untuk anak-anak memandangkan Belalang Jr. masih lagi mengajak Belalang untuk ke sana.

Tetapi jika boleh tambah lagi beberapa haiwan pasti lebih best untuk dilawati lagi!

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan