Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sekolah

Raja Nur Nazwa Ariana | Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Imej
Kelmarin ketika baru pulang dari tempat kerja, sedang santai-santai dihadapan TV mendengar berita, Geleng kepala Belalang bila dengar laporan tentang pelajar sekolah berusia 7 tahun maut terjatuh dalam lubang kumbahan . Pagi ini bila ada yang mengirimkan gambar-gambar kejadian dan wajah mangsa melalui aplikasi, terasa sayunya hati ini. Murid tahun satu itu, Raja Nur Nazwa Ariana . Sedap nama dan comel orangnya. Dikatakan pelajar Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai itu sedang bermain bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh kedalam lubang kumbahan tersebut. Anda boleh membaca berita penuh tentang tragedi menyayat hati tersebut di sini (klik) dan sini (klik) . Sebegai umat Islam pastinya kita berpegang kepada qada dan qadar yang perkara yang telah ditetapkanNya berlaku tetap akan berlaku. Cumanya jika diambil kira dari segi faktor keselamatan, pastinya akan ada yang mempersoalkan tentang ini. Tidak ditutupkan lubang tersebut? Apakah pihak sekola...

Jerebu | 5 Dan 6 Oktober Sekolah Seluruh Semenanjung Tutup Kecuali Kelantan

Imej
Melarat semakin teruk jerebu pada tahun ini. Seingat Belalang tahun-tahun sebelum ni tak sampai tahap begini. Belalang yang tinggal di Kulim ni pun rasa macam lemas dalam asap. Mujur Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid prihatin akan hal ini dan mengarahkan semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari iaitu pada 5 (hari ini) dan 6 Oktober 2015. Carian Google Bagaimanapun, arahan itu dikecualikan kepada sekolah-sekolah di negeri wilayah persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Sebenarnya jika diikutkan Belalang Jr. ada sesi bergambar di sekolahnya. Belalang Jr. berumur 6 tahun  sedang belajar di pra sekolah. Nampaknya sesi bergambar akan ditunda. Lega juga Belalang sebab bolehlah Belalang Jr. tinggal di dalam rumah dan tak terdedah pada udara dipersekitaran terbuka. Semoga masalah jerebu ini akan segera berakhir.