Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel promosi

Projek 100 Bloggers | Bro Framestone

Belalang tertarik dengan projek yang sedang dijalankan oleh salah seorang rakan blogger yang namanya sangat gah dalam atmosfera dunia blog Malaysia iaitu Bro Framestone. Bro Framestone sedang menjalan satu projek yang diberi nama 'Projek 100 Bloggers' . Tahniah Bro Framestone kerana menjayakan satu projek yang bagi Belalang sangat hebat ini. Walaupun Belalang tidak cuba untuk mengambil bahagian dalam projek ini (tak lepas beberapa syarat), namun Belalang rasa mahu juga support projek ini. Kepada yang berminat untuk menyertai, sila-sila terus ke blog Bro Framestone . Baca syarat-syarat yang ditetapkan. sekiranya anda layak menyertai, Belalang syorkan supaya jangan lepaskan peluang ini. Rugi sekiranya anda layak tetapi tidak mahu mencuba nasib. Peluang baik begini sepatutnya jangan lepaskan. Sampai di sini dahulu. Terima kasih kerana membaca...

M. Nasir Di MONrods Kulim

Imej
M. Nasir live in Kulim! kepada peminat-peminat sifu M. Nasir, jangan lepaskan peluang untuk melihat secara live persembahannya di Restoran MONrods Kulim pada 28 Januari 2012. sebenarnya ini adalah kunjungan kedua M. Nasir ke restoran berkenaan dimana persembahan sebelum ini diadakan pada bulan November 2011 (kalau tak salah la). Di bawah beberapa keping gambar persembahan M. Nasir di MONrods pada kunjungannya yang pertama dahulu. Semua gambar ini Belalang ambil di FB MONrods Kulim- Kepada yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini, sila berhubung terus dengan restoran ini atau klik pada tulisan MONrods yang berwarna biru pada perenggan pertama. Terima kasih kerana membaca... ** Belalang ada seorang makcik yang minat sangat-sangat dengan M. Nasir. Kalaulah mampu bawa dia ke sini :)