Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel membela ikan

Penghuni Baru Kolam Encik Bell

Imej
Selepas Belalang dah berjaya menjernihkan kembali air kolam yang keruh sebelum ini, satu masalah baru dah timbul. Nak tahu apakah ia? Jawapannya adalah kurangnya ikan yang berenang-renang dalam kolam. Yelah, kalau tak silap Belalang dalam tu hanya ada 5 ekor ikan kap dan ikan guppy yang kecil-kecil tu. Tinggal dalam  kolam sebesar tu memanglah jarang nampak ikan berenang-renang. Selamat datang ke kolam Encik Belalang.. Hehehe Maka Belalang dan Mrs. Belalang pun menambah lagi 5 ekor ikan kap. Ambil yang kecil-kecil saja. Murah sikit :P Biarkan ikan dalam plastik dalam air kolam tu sekejap untuk dia sesuaikan suhu dengan tempat baru Semoga berbahagia di tempat baru mu ini... Nampak gayanya macam perlu ditambah lagi beberapa ekor ni. Nanti kalau ada rezeki lebih lagi, Belalang akan tambah lagi :) Terima kasih kerana membaca...