Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lumayan

Nostalgia Bisnes Aiskrim Malaysia Yang Lumayan

Imej
Baru-baru ini Belalang ada menulis tentang aiskrim sumi | aiskrim jelly | mudah disediakan . Tak sangka pula entry tersebut menjadi carian yang hot dari Google . Jika belum membaca, sudi-sudilah untuk membacanya dengan klik pada tajuk tersebut. Sebenarnya aiskrim Malaysia ini ada nostalgia untuk Belalang. Di zaman-zaman masih bersekolah, Belalang pernah membantu Mama Belalang menjual aiskrim Malaysia pada kanak-kanak dan kawan-kawan sekitar taman tempat tinggal kami. Rumah Belalang hanya berselang beberapa buah sahaja dari padang permainan. kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh Mama membuat aiskrim Malaysia dalam membantu menampung perbelanjaan keluarga kami. Pelbagai perisa yang disediakan seperti Milo, jagung, asam boi, anggur dan lain-lain lagi. Harganya pula hanyalah 10 sen. walaupun hanya perniagaan sampingan (part time) , tetapi pendapatannya boleh dikira lumayan pada waktu itu. Dalam sehari Belalang mampu membantu Mama membuat jualan hingga RM3-RM5. Wak...