Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel informasi

Risiko Terdedah Kepada Cuasa Panas

Imej
Belalang ada kongsikan tentang strok haba dan sembilan tips kekal sihat di media bawah tanah. sebenarnya risiko terdedah kepada cuaca panas ni memang dasyat. Sebelum ini kita hanya dengar tentang serangan strok haba. Tetapi sebenarnya jika tededah kepada cuaca panas fizikal kita juga akan mengalami tekanan. Jika merujuk kepada laman web info sihat milik kerajaan, golongan-golongan seperti pekerja buruh, orang dewasa 40 tahun ke atas, kanak-kanak 5 tahun ke bawah dan pengidap darah tinggi adalah golongan yang perlu berhati-hati ketika cuaca panas. Golongan ini dinasihatkan jangan memakai pakaian tebal  kerana ia menghalang haba dari keluar. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti sakit kepala, lemah otot mual dan rasa nak muntah, segeralah bawa mereka keluar daripada cuasa panas. Berikan mereka minum air kosong dengan banyak dan pastikan kedudukan mereka dekat dengan kipas. Mandikan mereka sekiranya perlu. Lain-lain cara anda boleh rujuk di blog Belalang yang satu l...

Info | Perkara Berkaitan GST Yang Kita Perlu Tahu

Imej
Kelmarin 1 April bermulanya kutipan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST di Malaysia. Dari ke pagi sampai ke malam macam-macam perkara yang berkaitan GST dikongsikan oleh rakan-rakan media sosial. Belalang juga tidak terkecuali membaca beberapa perkongsian mengenai GST memandangkan Belalang sendiri memang masih tidak begitu jelas bagaimana perlaksanaan kutipan ini. Di bawah adalah tiga print screen yang sempat Belalang ambil dari laman sosial Twitter yang Belalang rasa memberi sedikit info tentang hal GST. Resit tidak paparkan nombor pendaftaran GST dianggap salah Pembelian rokok ada GST Kad prabayar atau top up telefon tiada GST Sekiranya anda mempunyai akaun Twitter, sila follow gstmalaysiainfo dan mykpdnkk kerana dua akaun ini mempunyai begitu banyak info berkaitan GST. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih kerana membaca