Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel info

Perkara Yang Perlu Diteliti Dalam Surat Perjanjian Sewaan Kedai | Premis

Imej
Ini adalah sambungan kepada entry sebelum ini yang bertajuk 'Tips Mencari Kedai Untuk Disewa' . sekiranya anda belum membacanya, sila klik disini (klik) . Sebenarnya kali ini Belalang nak kongsikan contoh surat perjanjian sewaan kedai atau premis. Tetapi memandangkan surat yang nak dikongsi tu berada dalam thumbdrive di rumah, jadi Belalang tukar fikiran. Gambar Carian Google Apa kata jika Belalang kongsikan perkara yang perlu anda teliti di dalam surat perjanjian sewa kedai? Lain pemilik premis lain syarat dan caranya. Tetapi dalam pengalaman Belalang, ada beberapa perkara di dalam surat perjanjian yang jika anda terlepas pandang dikemudian hari mungkin akan menyusahkan anda dan juga pemilik kedai. 1. Kaedah Bayaran Bayaran bagaimana yang dipersetujui oleh pemilik dan anda? Hal ini Biasa Belalang alami dimana ketika bayaran bulan pertama ingin dijelaskan rupa-rupanya pemilik kedai tak mahu menerima secara tunai. sebaliknya ia mahu penyewa bank in. Tetapi sekira...

Info | Perkara Berkaitan GST Yang Kita Perlu Tahu

Imej
Kelmarin 1 April bermulanya kutipan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST di Malaysia. Dari ke pagi sampai ke malam macam-macam perkara yang berkaitan GST dikongsikan oleh rakan-rakan media sosial. Belalang juga tidak terkecuali membaca beberapa perkongsian mengenai GST memandangkan Belalang sendiri memang masih tidak begitu jelas bagaimana perlaksanaan kutipan ini. Di bawah adalah tiga print screen yang sempat Belalang ambil dari laman sosial Twitter yang Belalang rasa memberi sedikit info tentang hal GST. Resit tidak paparkan nombor pendaftaran GST dianggap salah Pembelian rokok ada GST Kad prabayar atau top up telefon tiada GST Sekiranya anda mempunyai akaun Twitter, sila follow gstmalaysiainfo dan mykpdnkk kerana dua akaun ini mempunyai begitu banyak info berkaitan GST. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih kerana membaca