Big Screen Separuh Akhir Kedua Piala FA | JDT vs Kedah | 30 April 2016
Bahang kehangatan separuh akhir kedua piala FA antara JDT dan Kedah pada 30 April 2016 ini sememangnya dirasai oleh semua peminat bola sepak negeri Kedah. Malah tak salah jika Belalang katakan bukan sahaja peminat bola sepak dua negeri ini yang ternanti-nantikan perlawanan ini, tetapi seluruh peminat bola tanah air menantikan perlawanan mendebarkan ini. Di negeri Kedah khususnya, banyak sekali tempat yang menawarkan tayangan big screen kepada orang ramai yang tidak dapat menyaksikan perlawanan ini secara langsung di Stadium Larkin, Johor Bahru. Majlis Perbandaran Kulim (MPK) juga tidak mahu ketinggalan memeriahkan perlawanan ini apabila menaikkan big screen perlawanan JDT vs Kedah 30 April 2016 ini di Padang Awam Kulim secara langsung. Poster tentang tayangan perlawanan ini juga sudah mula viral di media-media sosial dan Whatsapp group. Belalang sendiri pun berdebar-debar dan tak sabar nak tunggu hari Sabtu ni. Belalang pasti kedah mampu mengejutkan skuad JDT berdasar...