Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel googledrive

Simpan Data Di GoogleDrive

Imej
Hari tu Belalang dah ceritakan tentang SkyDrive yang dibangunkan oleh outlook.com. Fungsi SkyDrive sama seperti anda memiliki Thumbdrive, cuma bezanya SkyDrive ialah tempat kita menyimpan dokumen ataau data secara online dan ianya adalah percuma! Bagi sesiapa yang belum membaca apakah itu SkyDrive, sila klik tajuk ini untuk membacanya ===> Lebih Mudah Membawa Data Penting Dengan SkyDrive Berbalik kepada tajuk di atas, setelah melihat Outlook membangunkan SkyDrive dan ia mendapat perhatian orang ramai kerana kemudahannya, syarikat Gergasi Google juga tidak mahu ketinggalan. Lalu mereka juga melancarkan GoogleDrive . Sebenarnya kewujudan GoogleDrive dah lama ada, cuma waktu itu ia lebih dikenali sebagai Google Document. Baru-baru ini sahaja Google menukar namanya kepada GoogleDrive . Fungsi GoogleDrive sama juga seperti SkyDrive iaitu tempat menyimpan data-data seperti word, excell, PDF file dan lain-lain. Cuma bezanya GoogleDrive memiliki ruang penyimpanan sebanyak 5GB (Sk...