Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bola sepak

JDT vs Kedah 30 April 2016 | Gambar Kretif Penyokong

Imej
Kurang dari satu jam saja lagi sepak mula perlawanan suku akhir kedua piala FA JDT vs Kedah 30 April 2016 akan bermula. Baik penyokong JDT mahu pun Kedah kedua-duanya berdebar-debar menantikan perlawanan ini. Disini Belalang sempat mengambil beberapa keping gambar kreatif yang dihasilkan kedua-dua penyokong pasukan Kedah dan JDT yang ada antaranya lucu. Jom kita tengok gambar-gambar kreatif JDT vs Kedah 30 April 2016 ini.

Big Screen Separuh Akhir Kedua Piala FA | JDT vs Kedah | 30 April 2016

Imej
Bahang kehangatan separuh akhir kedua piala FA antara JDT dan Kedah pada 30 April 2016 ini sememangnya dirasai oleh semua peminat bola sepak negeri Kedah. Malah tak salah jika Belalang katakan bukan sahaja peminat bola sepak dua negeri ini yang ternanti-nantikan perlawanan ini, tetapi seluruh peminat bola tanah air menantikan perlawanan mendebarkan ini. Di negeri Kedah khususnya, banyak sekali tempat yang menawarkan tayangan big screen kepada orang ramai yang tidak dapat menyaksikan perlawanan ini secara langsung di Stadium Larkin, Johor Bahru. Majlis Perbandaran Kulim (MPK) juga tidak mahu ketinggalan memeriahkan perlawanan ini apabila menaikkan big screen perlawanan JDT vs Kedah 30 April 2016 ini di Padang Awam Kulim secara langsung. Poster tentang tayangan perlawanan ini juga sudah mula viral di media-media sosial dan Whatsapp group. Belalang sendiri pun berdebar-debar dan tak sabar nak tunggu hari Sabtu ni. Belalang pasti kedah mampu mengejutkan skuad JDT berdasar...