Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bisnes aiskrim malaysia

11 Perisa Aiskrim Malaysia Yang Menjadi Pilihan Di Musim Panas

Imej
Tak habis lagi Belalang nak berkongsi cerita tentang aiskrim Malaysia . sebelum ni Belalang dah cerita tentang Aiskrim Sumi | Aiskrim Jelly | Mudah Disediakan dan Nostalgia Bisnes Aiskrim Malaysia Yang Lumayan . Kali ni Belalang nak kongsikan 11 perisa aiskrim Malaysia yang menjadi pilihan di musim panas seperti sekarang. Gambar-gambar jenis perisa aiskrim Malaysia ni bukan dibuat oleh Mrs.Belalang ye. sebaliknya Belalang ambil semua gambar ini di Facebook. Mungkin gambar ini boleh memberi anda idea untuk menyediakan aiskrim Malaysia? jom kita lihat semua gambar... Nampak sedap sangat aiskrim-aiskrim dalam gambar tu kan? Agak-agak perisa yang mana satu ingin anda cuba dahulu? Yang pasti semuanya menarik untuk dicuba :) Ada yang berminat nak jadikannya sebagai bisnes? Jika ada, cuba anda lihat website dibawah ini. Mungkin ia memberi anda sedikit idea untuk memulakan bisnes Aiskrim Malaysia. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ter...

Nostalgia Bisnes Aiskrim Malaysia Yang Lumayan

Imej
Baru-baru ini Belalang ada menulis tentang aiskrim sumi | aiskrim jelly | mudah disediakan . Tak sangka pula entry tersebut menjadi carian yang hot dari Google . Jika belum membaca, sudi-sudilah untuk membacanya dengan klik pada tajuk tersebut. Sebenarnya aiskrim Malaysia ini ada nostalgia untuk Belalang. Di zaman-zaman masih bersekolah, Belalang pernah membantu Mama Belalang menjual aiskrim Malaysia pada kanak-kanak dan kawan-kawan sekitar taman tempat tinggal kami. Rumah Belalang hanya berselang beberapa buah sahaja dari padang permainan. kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh Mama membuat aiskrim Malaysia dalam membantu menampung perbelanjaan keluarga kami. Pelbagai perisa yang disediakan seperti Milo, jagung, asam boi, anggur dan lain-lain lagi. Harganya pula hanyalah 10 sen. walaupun hanya perniagaan sampingan (part time) , tetapi pendapatannya boleh dikira lumayan pada waktu itu. Dalam sehari Belalang mampu membantu Mama membuat jualan hingga RM3-RM5. Wak...