Ceramah Ustaz Fathul Bari Di Taman Emas, Kulim | 15 September 2012
Eh, ustaz Fathul Bari akan berada di Kulim malam ni. Sebelum ini Belalang hanya melihat ustaz muda ini di Youtube dan blog-blog. Rasanya Kalau tiada apa-apa halangan, teringin juga untuk mendengar ustaz ini berceramah nanti. Bagi mereka yang berada di kawasan Kulim, jom ramai-ramai kita ke sana. MALAYSIA = NEGARA ISLAM??? SABTU 9 MALAM 15 SEPTEMBER 2012 PADANG TAMAN EMAS, KULIM Sedikit info biodata dan latar belakang tentang ustaz Fathul Bari- Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya adalah anak bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahaya Hussin. Beliau adalah penasihat agama di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU). Fathul Bari berkelulusan sarjana muda dalam bidang pengajian hadis di Universiti Madinah dan sarjana daripada Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau kini belajar peringkat doktor falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) di Kuala Lumpur. - Wikipedia Di bawah ini pul...