Review Perjalanan Keretapi Tanah Melayu (KTMB)
Inilah kehidupan seorang blogger... Apa sahaja yang boleh ditulis, boleh direview, habis semua ditulisnya. Termasuk la Belalang, kali ni Belalang nak review tentang dua keretapi tanah melayu berhad (KTMB) iaitu keretapi Senandung Langkawi dan Ekspress Rakyat yang Belalang naik baru-baru ni. Baru-baru ni Belalang ada sedikit urusan di Kuala Kangsar. Entah macam mana Mrs.Belalang ajak naik keretapi untuk kesana. Lagipun adik Mrs.Belalang tinggal di Kuala kangsar, Rumahnya sangat hampir dengan stesen keretapi di sana. Pada awalnya Belalang cuba memeriksa jadual perjalanan keretapi dari Bukit Mertajam ke Kuala Kangsar di internet. Tetapi malangnya Belalang tak temui laman web yang betul. Jadual perjalanannya juga tidak disediakan. Malah lebih tak best nombor telefon pejabat KTMB yang Belalang perolehi di internet juga adalah talian yang telah tamat perkhidmatannya. Dengan menaiki motosikal, Belalang terus beli tiket keretapi untuk ke Kuala Kangsar di stesen KTMB Bukit Mertajam. Ru...