Big Screen Separuh Akhir Kedua Piala FA | JDT vs Kedah | 30 April 2016

Bahang kehangatan separuh akhir kedua piala FA antara JDT dan Kedah pada 30 April 2016 ini sememangnya dirasai oleh semua peminat bola sepak negeri Kedah.

Malah tak salah jika Belalang katakan bukan sahaja peminat bola sepak dua negeri ini yang ternanti-nantikan perlawanan ini, tetapi seluruh peminat bola tanah air menantikan perlawanan mendebarkan ini.

Di negeri Kedah khususnya, banyak sekali tempat yang menawarkan tayangan big screen kepada orang ramai yang tidak dapat menyaksikan perlawanan ini secara langsung di Stadium Larkin, Johor Bahru.

Majlis Perbandaran Kulim (MPK) juga tidak mahu ketinggalan memeriahkan perlawanan ini apabila menaikkan big screen perlawanan JDT vs Kedah 30 April 2016 ini di Padang Awam Kulim secara langsung.

big screen jdt vs kedah 30 april 2016

Poster tentang tayangan perlawanan ini juga sudah mula viral di media-media sosial dan Whatsapp group.

Belalang sendiri pun berdebar-debar dan tak sabar nak tunggu hari Sabtu ni. Belalang pasti kedah mampu mengejutkan skuad JDT berdasarkan kepada prestasi yang ditunjukkan Helang Merah dalam dua pertemuan sebelum ini.

Jadi kepada yang tinggal di Kulim, jangan lupa untuk datang beramai-ramai untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua piala FA antara JDT dan Kedah pada 30 April 2016 ini.

Bawa tikar, jajan, anak dan isteri sekali. Bila gol kita ramai-ramai jerit "GOLLLLL!!" fuh! dapat bayangkan kemeriahan malam itu :)

Terima kasih kerana membaca

Ulasan

  1. As salam. Harap2 Kedah menang lah ye?
    abam kie dtg singgah n follow. no 194. TQ.

    BalasPadam

Catat Ulasan