Roti Berkulat Sebelum Tarikh Luput

Petang tadi mak saudara Belalang datang ke rumah. Sahaja dia singgah hanya untuk borak-borak kosong. Kebiasaannya mak saudara Belalang ni tak pernah datang dengan tangan kosong.

Begitu juga dengan petang ini. Datangnya bersama-sama tiga jenis roti yang dibelinya di kedai kek kulim hi-tech.

Kegemaran Belalang sememangnya roti yang diletakkan daging hot dog di atasnya. Kiranya bila terpandang sahaja roti tu, memang tak tunggu lama, terus saja Belalang buka untuk makan.

Belalang makan bersama Belalang Jr. dan adik Belalang Jr. Sambil suap mereka, sambil masuk ke mulut Belalang sedikit.

Ketika kali ke tiga Belalang masukkan roti ke mulut, Belalang terpandang sesuatu yang berbulu di atas daging hot dog. Ya, tak salah lagi roti ini sudahpun berkulat! Yakkk


Belalang terus ambil dan lihat tarikh luput yang tertera pada plastik. Tarikh luputnya esok. Tetapi malangnya roti ini sudah berkulat sebelum sampai tarikh luput.

Walaupun dua lagi roti yang dibeli bersama tersebut masih elok, tiada tanda-tanda dah luput, tetapi kejadian tersebut terus mematahkan selera Belalang untuk menikmatinya.

Walaupun dalam hal ini pemilik kedai bersalah kerana tak menjaga atau memeriksa kualiti roti yang disediakannya, namun sedikit sebanyak ia juga memberi pengajaran kepada Belalang supaya selepas ini perlu lebih berhati-hati dan lebih teliti untuk beli roti-roti sebegini.

Terima kasih kerana membaca

Ulasan