Keranamu Belalang Jr.

Belalang Jr.

Apabila Belalang Jr. dah pandai merengek memintakan sesuatu. Nak tak nak diturutkan juga kemahuannya oleh Belalang dan Mrs.Belalang.

Ego ibu dan bapa, walaupun pada awalnya berkeras tidak mahu terlalu mengikut kemahuan anak, namun rasanya tiada pasangan yang sanggup menghampakan harapan dan permintaan si anak.


Akhirnya...

-

-

-

-

-

-

-

-

-



Rumah hamster buat dengan kotak mainan :P

Sepasang anak hamster kecil yang pernah diminta Belalang Jr. pada beberapa hari sebelum ini dibelikan juga oleh Belalang.

Walaupun selepas ini Belalanglah yang akan terpaksa membersihkan sangkar hamster ini termasuk beri makan (bertambah kerja aku), tak apalah demi Belalang Jr.

Harapnya panjanglah 'jodoh' hamster ini dengan keluarga Belalang :)

Ulasan

  1. anak2 sop pun mcm berminat tp kami x benarkan hendak perlihara binatang
    nak bela ikan pun malas. heheh

    BalasPadam
  2. best tau bela hamster ni. cepat beranak bila dh sampai kematangan. kejap2 beranak. then aktif depa ni. bela baik2 :)

    BalasPadam

Catat Ulasan