Budak 8 Bulan Yang Meletihkan
Baru sahaja beberapa hari lepas usia si kecil ini dah 8 bulan. Walaupun baru 8 bulan, tapi nakalnya mengalahkan kakaknya Belalang Jr. Pening Belalang dan Mrs.Belalang melayan karenah dia. Selain daripada Belalang dan Mrs.Belalang, baby cukup takut dengan orang lain. Tak kiralah, sepupu dia ke, Mak Tok dan Tok Wan ke, Pakcik Makcik ke, dengan siapa pun dia tak mahu. Sangat berbeza dengan Belalang Jr. yang sedari kecil tak kisah langsung dengan sesiapa. Nasib baiklah kami ni bekerja sendiri. Kalau hantar kepada orang lain untuk jaga, mau angin satu badan juga orang tu nak dengar baby ni menjerit setiap hari dan setiap masa. Satu lagi perangai baby yang tersangatlah 'comel' ni, tangan dan kakinya cukup cepat mencapai apa sahaja yang menarik perhatian dia. Tak dapat dengan tangan, dengan kaki pun boleh :) Agaknya bagaimana ya caranya supaya baby tak takut dengan orang lain? Kalau baby tak takut dan mudah mesra dengan orang, senanglah kerja Belalang dan Mrs.Belalang nak t