Kedai Cantik + Makanan Sedap = Pakej Lengkap

Sambil tulis entry, sambil pekena satay... perh! memang nikmat. Ops, lama tak tulis entry, tiba-tiba tulis mukadimah terus cerita pasal makan. Maaf ye, tapi memang entry ni ada kaitan dengan makanan.

Suka makan di luar tak? maksud Belalang makan di gerai atau restoran? Belalang kebelakangan ni kerap betul makan di luar rumah. Mrs.Belalang sibuk sangat baru-baru ni. Jadi sebagai suami yang penyayang (wek!) Belalang pun tak benarkan Mrs.Belalang masak. Sebaliknya kami makan di luar sahaja.

Tengah hari tadi Belalang singgah makan ke satu restoran nasi ayam. Jika dilihat dari luaran seperti cara hias dan konsep restoran ni yang kelihatan gah, sememangnya mampu menarik perhatian orang-orang yang sedang kelaparan seperti Belalang untuk singgah dan makan.

Cantik betul hiasan di restoran ini. Daricat  warna dinding, perabot dalaman dan cara layanan dari pelayan, sememangnya Belalang beri markah penuh. Belalang pun pesan nasi ayam black papper, sementara Mrs.Belalang makan mee kuah (kalau tak silap).

Lebih kurang 10 minit macam tu, menu yang kami pesan pun sampai ke meja. Belalang pun seperti biasa, tangkap dulu gambar makanan tu sebelum makan dengan harapan dapat buat sedikit review di mana-mana blog Belalang.


Sebaik sahaja Belalang suap makanan ke mulut, terasa kecewa sedikit. Bukanlah bermaksud makanan tu tak sedap sangat. Cumanya Belalang rasa tahap sedapnya nasi ayam yang Belalang nikmati tu, tak dapat menandingi dengan imej restoran tersebut. Seperti tukang masak ini terlupa nak masukkan sesuatu bahan dalam makanannya.

Begitu juga dengan mee yang sedang di nikmati oleh Mrs.Belalang, rasanya agak mengecewakan. Mungkin juga silap Belalang kerana meletakkan harapan yang tinggi pada restoran ini ketika pertama kali jejak kaki ke sini.

Ketika mahu membayar bil baru Belalang perasan, restoran secantik ini tidak mempunyai pelanggan yang ramai. Sebab apa ye?

Jadi Belalang buat kesimpulan sendiri. Kedai makan yang cantik, tidak mampu menarik pelanngan seandainya makanannya terasa hampeh kurang sedap. Sebaliknya jika kedai yang dihias dengan ala kadar, tapi makanannya memenuhi citarasa pelanggan, walau tak cantik orang akan tetap datang untuk makan.

Sependapat dengan Belalang tak? Ke Belalang yang salah? Sudi-sudi kongsikan pendapat

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. kalau kedai mkn bawah pokok pun tapi masakan sedap,orang mesti akan datang selalu..

    BalasPadam
  2. salam belalang..yg nampak cantik tak semestinya sedap makanannya..mama pun pernah terkena.. :(


    ** maaf ya lama tak komen kat blog satu lagi tu..kebelakangan ni mama down sgt2..semlm kePPUM lagi..

    BalasPadam
  3. Hiasan dlm x mampu tarik pelanggan semata2..mak pun sama. kalo restoran je cantik tp makananya x boleh belah, mmg tak dtg dah la len kali..

    TAPI..TAPIIII..restoran juga kena molek/bersih bila makanan dah sedap tau..

    BalasPadam
  4. I hardly leave a response, but i did a few searching and wound
    up here "Kedai Cantik + Makanan Sedap = Pakej Lengkap". And I actually do
    have a couple of questions for you if it's allright. Could it be only me or does it appear like some of the remarks appear like left by brain dead visitors? :-P And, if you are posting on other places, I would like to follow anything fresh you have to post. Would you make a list of every one of your shared sites like your Facebook page, twitter feed, or linkedin profile?

    my website at home workout routines for men

    BalasPadam
  5. Thanks for the marvelous posting! I definitely enjoyed reading it, you may be a great author.
    I will be sure to bookmark your blog and will eventually come back down the road.
    I want to encourage that you continue your great job, have a nice holiday weekend!


    Feel free to visit my blog - free weight loss programs

    BalasPadam
  6. It's in point of fact a great and useful piece of info. I am glad that you simply shared this useful info with us. Please keep us up to date like this. Thank you for sharing.

    Here is my webpage - golf tips kids

    BalasPadam
  7. kedai cantik tak semestinya sedap.yang penting kebersihan..

    BalasPadam
  8. paling stress pg kedai cntik, tp makanan out.

    BalasPadam
  9. betul tu..sy dh follow awk,awk follow sy jge ye :)

    BalasPadam
  10. bagi saya sedap no 2.. yang penting bersih.
    :)

    BalasPadam
  11. jika sedap dan selesa pasti ramai org.. lagi2 klau murah.. heheh

    BalasPadam
  12. kalau kedai dah cantik, masakan sodap, harga berbaloi-baloi, comfirm kedai tu akan jadi pilihan. memang dah jadi tren sekarang pengusaha restoran @ kedai makan perlu deko-deko kan ruang kedai mereka baru orang sukakan.

    BalasPadam

Catat Ulasan