Video Inilah Yang Membangkitkan Kemarahan Umat Islam Di Libya & Seluruh Dunia

Baru-baru ini meletup-letup di akhbar-akhbar dan dunia internet mengenai kematian Duta Amerika Syarikat dan beberapa lagi rakyat negara itu dalam protes yang berlaku di negara Libya.

Sebabnya adalah kerana penghasilan sebuah Filem. Filem yang memburukkan Nabi Muhammad dan agama Islam. Video yang berdurasi hampir 15 minit ini ada dimuat naik ke Youtube dan bilangan mereka yang menonton video ini telah melebihi 100,000.


Youtube hari ini telah menyatakan yang mereka tidak akan memadam video tersebut kerana kandungan video itu tidak melanggar polisi yang ditetapkan oleh mereka.

Bagi yang belum menonton, Belalang sarankan tak payahlah anda mencari video itu. Anggap sahaja mereka yang menghina Islam ini adalah terdiri dari mereka yang tidak memahami sepenuhnya agama Islam (memang tak faham pun). Daripada memaki hamun mencarutkan pembikin filem dan pelakon ini, lebih baik kita berdoa semoga pintu hati mereka terbuka untuk menerima Islam satu hari ini.


Satu lagi Belalang pesan, tak perlu dikongsikan video tersebut ke mana-mana blog atau rangkaian sosial lain. Tak perlulah diberi promosi untuk video klip yang tan bermanfaat begitu untuk pembaca anda.

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. ehem mereka semakin kurang ajar & berani menghina nabi muhammad & ugama islam !!!..

    ** belalang mama pun belum melihat video tu..hu2x..maaf ya lambat lawat belalang..mama bzzz siki,buat hantaran blogger..pas ni buatkan hantaran sepupu mama pulak.. FOC tau.ahaha.. :)

    BalasPadam
  2. eeeeeeeee geramnye! teruk la dyeorg ni

    BalasPadam
  3. ye ! btul tu , jangn share . Kekadg perkra nie mlibatkan aQidah seseorg .

    BalasPadam
  4. geram je rasa bila dapat tahu pasal isu nih...

    BalasPadam

Catat Ulasan