Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 1, 2016

Selamat Berpuasa Kepada Semua

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua... Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang telah dijanjikan dengan pelbagai ganjaran yang lumayan oleh-Nya. Amat rugi rasanya jika kita tidak memanfaatkan sebaik mungkin segala ganjaran yang dijanjikan pada bulan ini. Untuk puasa hari pertama ini, Belalang bekerja seperti biasa. Jika diikutkan negerri Kedah akan bercuti pada setiap kali puasa pertama. Tetapi memandangkan Belalang bekerja di kawasan yang berada di negeri Pulau Pinang, makanya tiadalah cuti pada hari ini. Puasa kali ini ada sesuatu yang istimewa pada Belalang. Manakan tidak, hari ini adalah hari pertama Belalang.Jr belajar berpuasa. Bermula dari sahur tadi, nampak dia begitu teruja untuk berpuasa. Harapnya hingga waktu berbuka nantilah Belalang.Jr mampu mengharunginya. Tetapi jika sebaliknya, Belalang tetap berbangga dengan semangat nak ber