Sabtu, 21 Mei 2016

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Seorang pemilik akaun Facebook telah memuat naik satu status tentang kemalangan berpunca dari troli membawa barang di Tesco Kulim yang rodanya tidak mencengkam pada travelator.

Status bersama dua keping gambar kejadian yang dimuat naik ke group Info Cegah Jenayah @ Kulim, dikatakan berlaku 10 malam 20 Mei, telah mendapat respon dari pemilik-pemilik akaun yang lain.

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim



Kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang pengunjung pasaraya tersebut mengalami kecederaan. Mujurlah tiada kemalangan jiwa.

Rata-rata pemilik akaun meluahkan pendapat tentang kebanyakkan troli membawa barang di Tesco Kulim menghadapi masalah pada roda.

Pendapat itu mendapat sokongan dari pengguna lain yang memberikan pendapat hampir sama tentang masalah tersebut.

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Namun ketika punca dilihat seperti kesalahan pihak Tesco, tampil seorang lagi pemilik akaun Facebook menyatakan yang pelanggan terbabit tidak menggunakan troli barangan yang disediakan oleh pihak Tesco.

sebaliknya, pengguna tersebut telah membawa troli membawa barangnya sendiri yang tidak mempunyai fungsi untuk roda mencengkam pada travelator.

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Pada pendapat Belalang, pengguna tersebut tidak sepatutnya membawa turun stok barangan sebanyak itu melalui travelator.

Penggunaan lift lebih sesuai untuk mambawa turun barang yang banyak seperti pendapat sesetengah pemilik akaun Facebook yang lain.

Pihak Tesco Kulim pula mungkin sudah boleh mempertimbangkan untuk membaiki masalah roda-roda pada troli mereka. Bimbang kejadian sama seperti ini akan berulang lagi.

Semoga kes seperti ini tidak lagi berlaku di mana-mana pasaraya yang berada di Malaysia.

Terima kasih kerana membaca.

Jumaat, 13 Mei 2016

Whatsapp Kini Boleh Bold, Italics Dan Tilde

Seronok pula bila Whatsapp update fungsi mereka yang terbaru iaitu Whatsapp kini boleh bold, italics dan tilde.

Dengan fungsi terbaru ni, dapatlah pengguna membezakan tulisan-tulisan dalam Whatsapp.


Mungki  untuk tajuk boleh digunakan bold. Untuk tulisan yang menarik gunakan italics dan tilde untuk potongan ayat... Hehehe

Bagaimana pun fungsi ini hanya boleh digunakan selepas anda update Whatsapp terbaru.

Kepada yang belum mencuba, silakan mencubanya dan jangan lupa ajak kawan-kawan sekali :)

Terima kasih kerana membaca..

Pautan Artikel Menarik