Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 1, 2016

Ayat Al-Quran Ghaib | Petanda kiamat?

Imej
Hari ini Belalang terbaca satu berita tentang ayat Al-Quran ghaib yang berlaku di Masjid Hijau, Kampung Kedah, Parit Buntar. Perkara ganjil yang berlaku ke atas naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar, Mohamad Khori Junus segera menarik perhatian umat Islam di negara ini. Klik tajuk disebelah untuk membaca penuh berita ini -->> Terkejut ayat al-Quran ‘ghaib’ Kerana hal seperti ini jarang-jarang berlaku, maka mulalah masing-masing memberikan pendapat. Ada yang berpendapat ini salah satu daripada tanda-tanda akhir zaman kerana di akhri zaman nanti semua kitab-kitab yang pernah diturunkan akan diangkat kembali oleh Allah. Ada juga yang mengatakan hal ini berlaku kerana dakwat yang dicetak telah pudar dan tiada apa-apa yang ganjil perlu dirisaukan Dalam pengcarian Belalang diinternet, kes sebegini pernah berlaku di Sekolah Agama Maahad Saniah, Pasir Puteh Kelantan sekitar tahun 2014. Klik tajuk disebelah untuk membaca penuh berita ini -->> Ayat Al-Quran

Review Animasi Zootopia Oleh Belalang

Imej
Baru-baru ni Belalang berkesempatan bawa anak-anak menonton filem animasi terbaru daripada Walt Disney Animation Studios iaitu Zootopia di MBO Cinema Landmark Kulim . Berempat sahaja kami pergi (yang kecil sekali tinggal dengan Mama) tiket tayangan pukul 8 malam dibeli. Masuk dalam panggung tu, seperti yang dijangka dua-dua budak ni dah excited nak menonton. Dalam bilik tayangan tu kalau tak silap Belalang ada la sekitar 10 orang lebih sikit termasuk keluarga kami. Animasi ni mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 25 Februari yang lalu. Jadi tak hairanlah sewaktu Belalang pergi tu tak ramai orang. Kisahnya bermula apabila seekor musang bernama Nick Wilde tinggal di bandar Zootopia yang terbahagi kepada empat kawasan iaitu Tundratown, Sahara Square, Little Rodenta, dan Burrowborough. Wilde perlu mencari jalan keluar apabila dia dituduh melakukan satu jenayah yang tidak dilakukannya. Seekor arnab, Lt. Judy Hopps, yang juga anggota polis di bandar tersebut