Sabtu, 30 Januari 2016

Review Filem Ola Bola | 4 Bintang?

Dah tengok filem Ola Bola yang sedang ditayangkan bermula 28 Januari 2016? Jika belum jom layan video trailer di bawah ni dahulu.

review ola bola
Gambra Dari Sinar Harian



Belalang sendiri juga masih belum berkesempatan untuk menonton filem ini. Tetapi membaca review dari mereka yang sudah menonton filem ini, rasa tak sabar-sabar nak menonton cerita ini.

Ola Bola filem arahan Chiu Keng Guan, filem berkisarkan tentang kegemilangan pasukan bola sepak negara sekitar tahun 80-an.

Apa kata mereka yang sudah menonton?

Di Twitter, rata-rata pmereka yang sudah menonton filem ini telah tweet tentang betapa terujanya menonton filem ini.

Status yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Keyra Ren (@neyrashazeyra) "#olabola banyak moral values, ada part nak nangis and i like effort diorg make it like real 80s haha sumpah best"

Seorang lagi pengguna Twitter bernama Syafiq Zahin (@syafiqzahin) berkata "Bagi aku yang tak berapa minat bola pun boleh rasa passion yang disampaikan dalam filem #OlaBola"

Di Facebook pula, rata-rata mereka yang meninggalkan komen pada status yang dimuat naik oleh radio ERA fm, mengakui yang mereka tersentuh dan ada yang mengalirkan air mata menghayati filem ini.

Isjwa Soffia menulis komen yang ia tak sedar terlalu banyak babak ia menangis.

Akhbar Sinar Harian (SH) pula mengatakan  filem yang melambangkan pelbagai budaya di Malaysia dengan semangat persahabatan serta bersatu padu tanpa mengenal latar belakang.

Membariskan muka-muka baru, SH mengatakan yang setiap pelakon telah berjaya membawa watak-watak mereka dengan berkesan.

Anda juga boleh membaca tentang Ola Bola di sini -->> Ola Bola (filem) - Wikipedia Bahasa Melayu

Jadi apa tunggu lagi? jom kita serbu pawagam-pawagam berhampiran kita untuk tonton filem best ni!

Terima kasih kerana membaca

Jumaat, 29 Januari 2016

Perkara Yang Perlu Diteliti Dalam Surat Perjanjian Sewaan Kedai | Premis

Ini adalah sambungan kepada entry sebelum ini yang bertajuk 'Tips Mencari Kedai Untuk Disewa'. sekiranya anda belum membacanya, sila klik disini (klik).

Sebenarnya kali ini Belalang nak kongsikan contoh surat perjanjian sewaan kedai atau premis. Tetapi memandangkan surat yang nak dikongsi tu berada dalam thumbdrive di rumah, jadi Belalang tukar fikiran.

Perkara Yang Perlu Diteliti Dalam Surat Perjanjian Sewaan Kedai Atau Premis
Gambar Carian Google

Apa kata jika Belalang kongsikan perkara yang perlu anda teliti di dalam surat perjanjian sewa kedai?

Lain pemilik premis lain syarat dan caranya. Tetapi dalam pengalaman Belalang, ada beberapa perkara di dalam surat perjanjian yang jika anda terlepas pandang dikemudian hari mungkin akan menyusahkan anda dan juga pemilik kedai.


1. Kaedah Bayaran

Bayaran bagaimana yang dipersetujui oleh pemilik dan anda? Hal ini Biasa Belalang alami dimana ketika bayaran bulan pertama ingin dijelaskan rupa-rupanya pemilik kedai tak mahu menerima secara tunai. sebaliknya ia mahu penyewa bank in. Tetapi sekiranya hal ini dapat anda putuskan lebih awal bersama pemilik kedai, pasti ia jadi lebih mudah.


2. Tempoh masa lewat yang dibenarkan

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membayar sewa pada haribulan (contoh: setiap 15 hari bulan) seperti yang dijanjikan, dalam tempoh berapa lamakah anda perlu jelaskan. Seminggu dari tarikh atau bagaimana?


3. Bil utiliti (elektrik dan air)

Adakah bil air dan elektrik anda yang perlu terus jelaskan atau pemilik yang jelaskan dan anda perlu membayar kepadanya? Ini juga pernah Belalang alami :)


4. Bil Indah water

Didalam perjanjian bagaimana bil Indah water dijelaskan? Kadang-kala ada pemilik yang terlupa untuk memasukan ini didalam surat perjanjian


5. Notis Penamatan Sewaan

sekiranya anda tidak lagi mahu menyewa distu, cara bagaimana untuk anda keluar? Pastikan ia dalam situasi menang-menang.


semoga perkongsian tak seberapa ini membantu anda dalam memahami surat pernjajian sewaan kedai/premis. sekiranya ada syarat-syarat yang anda rasakan tak mampu anda penuhi atau ragu-ragu, sila jangan tandangan tangan. Terus berbincang bersama pemilik kedai supaya anda dan dia mendapat persetujuan yang memuaskan kedua-dua pihak.

Terima kasih kerana membaca

Selasa, 26 Januari 2016

Tips Mencari Kedai Untuk Disewa

Sedang mencari kedai untuk disewa? Memiliki sebuah premis perniagaan bagi seorang usahawan atau peniaga sememangnya menjadi sesuatu yang diidam-idamkan.

Namun begitu ada kalanya atas kekurangan pengalaman dan pengetahuan, perniagaan yang diidam-idamkan terpaksa ditutup atau berpindah tempat atas beberapa faktor.

Sepanjang Belalang sendiri terlibat dalam dunia perniagaan (hampir 8 tahun) sudah 4 kali Belalang berpindah lokasi gara-gara beberapa sebab.

Tips Mencari Kedai Untuk Disewa


Disini Belalang ingin kongsikan tips dalam mencari kedai untuk disewa agar anda dapat mengurangkan risiko seperti yang Belalang alami.


Lokasi

Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan adalah lokasi perniagaan. Biasanya tempat yang menjadi kunjungan orang ramai kerana punyai kemudahan seperti  pasaraya besar berhampiran menjadi pilihan usahawan. Pemilihan begini sesuai bagi mereka yang menjalankan perniagaan seperti menjual pakaian. Tetapi sekiranya anda seorang mekanik yang sedang mempertimbangkan untuk membuka bengkel, pemilihan premis yang memiliki tempat meletak kenderaan yang lebih luas lebih sesuai.


Keadaan Premis

seterusnya anda perlu melihat dengan teliti setiap ruang dan keadaan didalam. Hal ini untuk memudahkan anda membuat bajet baik pulih atau penambahan keperluan premis seperti cermin kaca (jika perlu) dan sebagainya. Kadang-kala ada kedai untuk disewa yang sudah siap diubah suai sepenuhnya disewakan dengan harga berpatutan. Sekiranya memiliki kedai begini, anda telah jimat banyak dari segi pengubah suaian kedai.


Kepadatan Penduduk

Sekiranya anda berhasrat menjalankan perniagaan seperti menjual barangan harian, faktor kepadatan penduduk antara yang perlu ada berikan perhatian. Anda boleh meninjau dan bertanyakan kepada orang-orang tempatan distu berapa taman yang berhampiran premis dan sebagainya.


Harga

Harga bagi sesebuah kedai untuk disewa kebiasaannya tak sama. Hal ini berlaku disebabkan atas beberapa faktor seperti lokasi, keadaan premis dan juga sikap bertimbang rasa pemilik kedai. Ditempat Belalang (Kulim), harga sewaan bagi kedai yang berhampiran pusat bandar dan pasaraya seperti Tesco mencecah ke RM3000 sebulan. dalam hal ini anda perlu bijak membuat kira-kira dan setelah mempertimbangkan baik dan buruk, barulah keputusan dicapai.


Perjanjian Sewaan

setelah semuanya anda berpuas hati seperti lokasi dan keadaan premis, perkara terakhir adalah berkaitan perjanjian sewaan kedai/premis. semestinya anda mahu menjalankan perniagaan disesuatu tempat ini dalam jangka waktu yang panjang. Apa yang boleh Belalang sarankan adalah buat perjanjian bersama pemilik kedai untuk sewa lebih dari setahun. Mungkin anda boleh terus buat satu perjanjian untuk berada distu tiga tahun atau lebih. Biasanya untuk setahun pemilik kedai akan mengambil satu bulan deposit. Katakan anda mahu menyewa selama tiga tahun dan sewaan untuk sebulan adalah RM3000. Jadi RM3000 x 3 + RM3000 (sewa bulan pertama) + RM200 (deposit utiliti) = RM12200


Itulah sedikit sebanyak panduan yang Boleh Belalang berikan bagi anda yang berminat untuk mencari kedai. Anda juga boleh menambah beberapa lagi pertimbangan seperti pesaing dan lain-lain yang anda rasa perlu sebelum bersetuju untuk menyewa.

Semoga perkongsian dari Belalang ini bermanfaat.

Terima kasih

Jumaat, 22 Januari 2016

Cara Membuka Dua Akaun Facebook Pada Telefon Pintar

Memandangkan baru-baru ni ada yang tinggalkan komen bertanyakan kepada Belalang bagaimana cara membuka dua akaun Facebook (FB) pada telefon pintar (smartphone), jadi Belalang rasa elok diadakan satu entry untuk anda yang belum tahu trick ini.

Cara Membuka Dua Akaun Facebook Pada Telefon Pintar
Gambar Carian Google


Sebenarnya di  telefonlah cara paling mudah untuk anda membuka lebih dari satu akaun FB. Malah Belalang sendiri biasa buka hingga 4 akaun serentak di telefon Belalang... Amik ko, baru puas hati... Hahaha

ok caranya adalah seperti di bawah

1. download Official Fb apps di Playstore atau klik sini -->> FB apps.
Dah siap install, silalah sign in akaun FB anda yang pertama. Selesai satu bab!

2. Download Facebook Lite juga di Playstore atau klik sini -->> Facebook Lite.
Sama seperti tadi juga dah siap install sila sign in akaun FB anda yang kedua. Lagi satu bab settle!

3. Download Opera Mini di Playstore atau klik sini -->> Opera Mini.
Install dan sign in akaun ketiga FB anada (sekiranya ada)

Nak yang ke-4 ke? Cukup la banyak tu. Buat cepat habis bateri dan lag telefon je masuk banyak-banyak apps ni... hehehe

semoga cara ini membantu anda. Terima kasih membaca!

Pautan Artikel Menarik