Resepi Aiskrim Drumstick Homemade Mudah

Jom kali ni kita jeling-jeling macam mana nak buat resepi aiskrim drumstick homemade Mudah. Mudah sangat Belalang tengok cara buat aiskrim ni.

Musim-musim panas macam ni kerap pula resepi aiskrim naik di wall Facebook Belalang. Itu yang tak tahan mata memandang tu.

Resepi aiskrim drumstick homemade ini dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook bernama Asha Zainudin.

Belalang salin tanpa edit mana-mana ayat dan gambar tentang resepi aiskrim drumstick homemade ini supaya dapat mengekalkan cara penyampaian oleh Asha Zainudin :)

Resepi Aiskrim Drumstick Homemade Mudah
2 cwn heavy cream
1 sdb susu pekat
perasa - sy guna stoberi emalco & milo
(sukatan ikut suka)
kit kat & peanut utk topping - sy guna cap
tangan je
milk choc - utk cover
kertas pembalut makanan
**sukatan ni boleh dapat 15 batang ice
cream...
Resepi Aiskrim Drumstick Homemade Mudah
cairkan choc double boil.
cincang peanut & kit kat kerat 2
Resepi Aiskrim Drumstick Homemade Mudah
kertas balut makanan lipat 2. make sure yg
licin kat dalam. pastu buat kelonsong mcm dlm
pic atas kiri. masukkan kon ice cream kat dlm
& kemaskan. letak double tape kat bahagian
dlm bawah & atas
Resepi Aiskrim Drumstick Homemade Mudah
kelonsong yg dah siap & lepas di trim. stand
kan dlm cawan @ apa2 bekas
Resepi Aiskrim Drumstick Homemade Mudah
pukul heavy cream sampai soft peak. lg senang
lepas br keluar peti tu terus pukul. bila dah
soft peak, masuk susu & pukul rata2.
sy bahagi 2. 1 milo 1 stoberi. kaup balik je
Resepi Aiskrim Drumstick Homemade Mudah
dlm kon dah bersarung td tuang 1/2sdb choc
cair. bekukan. lepastu tuang adunan ice cream.
bekukan 4 jam. kalau nak letak kit kat, lepas
bekukan 2 jam keluarkan dr peti & cucuk kit
kat tengah2. pastu bekukan balik
Resepi Aiskrim Drumstick Homemade Mudah
lepas 4 jam... tuang 1sdb choc cair yg dah
sejuk (alihkan bekas dr wap air panas) &
ketuk2 slow2 utk ratakan choc. pastu tabur
peanut cincang.... kena buat cepat2 ye... pastu
bekukan balik 2 jam @ hingga set
Resepi Aiskrim Drumstick Homemade Mudah
tadaaaaa.... hasil selepas 6 jam dibekukan

Macam mana, mudahkan? Mesti dah tak sabar-sabar nak cuba buatkan... Ni kalau Mrs.Belalang buatkan untuk Belalang, mahu saja Belalang suruh dia buat banyak-banyak bagi puas hati makan... Hahaha

Sekiranya ada mana-mana bahagian yang tak faham, jangan cari Belalang untuk tanya. Sebaliknya sila-silalah terus berkunjung ke Facebook pemilik resepi ini Asha Zainudin.

Semoga bermanfaat, terima kasih kerana membaca...

p/s: Buat aiskrim macam ni boleh buat side income tau. Tak percaya? tengok sini -->>  Bisnes Aiskrim | RM5000 Sebulan

Ulasan

  1. rumah saya tak boleh buat la...lingkup pintu peti ais tau..sat buka sat tutup..buat aiskrim malaysia perasa sirap pun sampai rasa nak ikat ja pintu peti ais tu..ni kan pulak buat aiskrim macam ni..

    lama tak singgah blog ni..:p

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha sama la kat umah ni pun...
      buat aiskrim malaysia x sempat nak keras lagi
      5 minit sekali buka peti ais... :D

      Padam

Catat Ulasan