Ahad, 22 Februari 2015

Gatal-gatal Pada Tapak Kaki Rupanya Ekzema (Eczema)

Baru-baru ni Belalang mengalami masalah seperti gatal-gatal pada tapak kaki kiri. Masalah menjadi lebih serius apabila Belalang langsung tak dapat memijak lantai selepas menghadiri satu majlis rasmi di mana seharian Belalang mengenakan kasut bertutup.

Hampir sebulan lamanya Belalang tak dapat berjalan, nak memandu pun tak selesa kerana sakit sangat bila tekan pedal. Belalang tak ambil apa-apa ubat kerana menyangkakan masalah ini hanya gatal-gatal biasa.

Setelah hampir sebulan masalah ini berlaku, Belalang lihat kaki Belalang beransur-ansur pulih. Tetapi dua hari sudah Belalang lihat ia kembali bernanah dan mengeluarkan air bisa.

ekzema (eczema) pada kaki

Gambar di atas sengaja Belalang buat hitam putih supaya anda tak terlalu ngeri untuk melihatnya :)

Disebabkan itu Kelmarin Belalang pergi mengambil ubat di klinik Dr.Ismail, antara klinik yang lama di Kulim.

ekzema (eczema) pada kaki

Bagi Belalang klinik doktor Ismail ubat-ubat yang disediakannya sememangnya terbaik. Walaupun mahal sedikit tetapi ia mampu memulihkan dalam masa singkat.

Ketika tiba giliran Belalang untuk diperiksa, doktor meneliti kesan-kesan luka di kaki Belalang. Doktor mengatakan yang simptom Belalang alami ini adalah ekzema.

Kata doktor ekzema adalah satu penyakit kulit yang tiada tak akan sembuh. Ia akan hilang jika kita ambil ubat atau produk. Tetapi ia boleh datang balik bila-bila masa sahaja.

Penyakit ini juga menurut doktor penyakit keturunan. Maksudnya antara anak-anak Belalang nanti ada yang akan terkena penyakit ini juga.

ekzema (eczema) pada kaki

Doktor memberikan beberapa ubat makan dan krim sapuan kepada Belalang.

Harapnya kaki Belalang akan pulih dengan cepat seperti biasa. Banyak aktiviti Belalang kan memerlukan Belalang memakai kasut bertutup. Jika keadaan ini berterusan, Belalang tak dapatlah memakai kasut.

Oh ya... Belalang ada menulis tentang simptom ekzema dan bagaimana untuk merawatnya. Anda boleh membacanya di sini -->> Tanda-tanda Ekzema Dan Cara Merawatnya

Terima kasih kerana membaca...

Khamis, 19 Februari 2015

Bagaimana Nak Buka Lebih Dari Satu Akaun Facebook Pada Telefon Android?

Baru-baru ni ketika Belalang sedang kaji kata-kata kunci atau keywords yang singgah ke blog Encik Bell, Belalang lihat ada beberapa kata carian bagaimana nak buka lebih satu akaun Facebook pada Telefon Android.

Walaupun tak tinggi cariannya, tetapi terasa macam nak kongsi pula memandangkan ada juga pengguna yang tak tahu.

Sebelum ini sewaktu masih aktif berblog Belalang pernah menulis tentang Bagaimana Caranya Untuk Gunakan Dua Akaun Facebook Berbeza Dalam Satu Masa? Jika anda mahu membacanya, klik pada tulisan berwarna hijau tersebut.

Untuk membuka lebih daripada satu akaun Facebook (FB) di telefon bukanlah sesuatu yang susah.

bagaimana nak buka dua akaun facebook pada telefon android

Pertama sekali anda sudah semestinya memuat turun aplikasi FB rasmi di Google Play. Gunakan FB ini sebagai akaun utama anda. Rujuk gambar di atas icon FB tersebut.

Untuk akaun kedua, anda perlu muat turun aplikasi Opera Mini. Juga boleh didapati di Google Play.

bagaimana nak buka dua akaun facebook pada telefon android

Melalui Opera Mini, anda boleh buka akaun FB anda yang kedua tanpa mengganggu akaun FB utama anda.

Anda juga boleh membuka akaun FB melalui Google Chrome yang sedia terdapat pada telefon anda (jika ada).

Belalang harap perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda.

Terima kasih kerana membaca!

Rabu, 18 Februari 2015

Sedapnya Karipap Roti Gardenia Mrs.Belalang

Semalam Mrs.Belalang telah sediakan karipap roti gardenia kepada Belalang dan anak-anak. Sebelum ini pun Mrs.Belalang pernah buat beberapa kali.

Biasanya Mrs.Belalang akan sediakan menu ini sekiranya roti gardenia yang ada masih tak luak atau dah hampir dengan tarikh luput.

Kebetulan semalam sewaktu Mrs.Belalang sedang sediakannya, Belalang ada sekali di dapur. Alang-alang dah kembali aktif berblog, Belalang pun tangkap gambar dari mula Mrs.Belalang sediakannya sampai siap.

Bahan-bahan karipap roti gardenia

- Roti gardenia
- Inti terpulang pada citarasa anda samada ubi, sardin, telur atau apa-apa inti yang anda suka.
- Acuan karipap, jika tiada guna cawan pun boleh


Cara buat rujuk pada gambar.

Gambar satu dan dua, sediakan roti. Jika perlu dileperkan pun boleh.

Gambar tiga dan empat letakkan inti. Semalam Mrs.Belalang buat inti ayam.


Gambar nombor lima gunakan acuan karipap dan kepit roti bersama inti tadi.

Gambar nombor enam roti yang dah siap di kepit dengan acuan karipap.

Gambar nombor tujuh masukan karipap yang dah siap tadi ke dalam minyak panas.

Dan nombor lapan karipap gardenia dah siap untuk dimakan!

Sebenarnya dengan roti gardenia ni saja bermacam-macam menu lagi yang boleh dibuat contoh aiskrim goreng.

Kepada yang belum pernah cuba, boleh la anda cuba sediakan menu yang mudah ini.

Terima kasih kerana membaca

Selasa, 17 Februari 2015

Roti Berkulat Sebelum Tarikh Luput

Petang tadi mak saudara Belalang datang ke rumah. Sahaja dia singgah hanya untuk borak-borak kosong. Kebiasaannya mak saudara Belalang ni tak pernah datang dengan tangan kosong.

Begitu juga dengan petang ini. Datangnya bersama-sama tiga jenis roti yang dibelinya di kedai kek kulim hi-tech.

Kegemaran Belalang sememangnya roti yang diletakkan daging hot dog di atasnya. Kiranya bila terpandang sahaja roti tu, memang tak tunggu lama, terus saja Belalang buka untuk makan.

Belalang makan bersama Belalang Jr. dan adik Belalang Jr. Sambil suap mereka, sambil masuk ke mulut Belalang sedikit.

Ketika kali ke tiga Belalang masukkan roti ke mulut, Belalang terpandang sesuatu yang berbulu di atas daging hot dog. Ya, tak salah lagi roti ini sudahpun berkulat! Yakkk


Belalang terus ambil dan lihat tarikh luput yang tertera pada plastik. Tarikh luputnya esok. Tetapi malangnya roti ini sudah berkulat sebelum sampai tarikh luput.

Walaupun dua lagi roti yang dibeli bersama tersebut masih elok, tiada tanda-tanda dah luput, tetapi kejadian tersebut terus mematahkan selera Belalang untuk menikmatinya.

Walaupun dalam hal ini pemilik kedai bersalah kerana tak menjaga atau memeriksa kualiti roti yang disediakannya, namun sedikit sebanyak ia juga memberi pengajaran kepada Belalang supaya selepas ini perlu lebih berhati-hati dan lebih teliti untuk beli roti-roti sebegini.

Terima kasih kerana membaca

Isnin, 16 Februari 2015

Bagaimana Menggunakan Dua Akaun Instagram Pada Satu Masa

Sebelum ini Belalang dah kongsikan sebab mengapa perlu guna Instagram jana pendapatan online. Kali ni Belalang nak kongsikan bagaimana untuk gunakan dua akaun Instagram pada masa yang sama di telefon yang sama.

Ramai orang yang leceh untuk ada lebih dari satu akaun kerana jika anda punyai dua akaun, anda perlu log keluar akaun pertama terlebih dahulu dan log masuk akaun baru.

Tetapi semua ini boleh diselesaikan jika anda memuat turun Instwogram pada telefon anda!

contoh paparan pada telefon (abaikan game-game yang ada)

Sangat mudah menggunakan Instwogram kerana dari paparan dan cara mengendalikannya semuanya sama dengan Instagram.

Dua akaun dibuka pada masa yang sama

Dengan cara ini anda sudah punyai dua akaun dan tak perlu lagi log keluar untuk guna akaun kedua. Belalang gunakan dua akaun, satu akaun personal, satu lagi akaun untuk bisnes dan iklan.

Bagaimana untuk memuat turun aplikasi ini? Di Google store memang tiada. Jadi anda boleh memuat turunnya di sini -->> INSTWOGRAM

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk memudahkan urusan anda di Instagram!

Jika anda berminat untuk menjana pendapatan online di Instagram dengan hanya 1 jam sahaja online sehari, klik sini (klik)

Sekian,

Ahad, 15 Februari 2015

Sebab Mengapa Perlu Guna Instagram Jana Pendapatan Online

Adakah anda diantara orang-orang yang sedang menjana pendapatan online di Instagram? Jika ya, tahniah Belalang ucapkan! Belalang ni baru saja berjinak-jinak guna Instagram. Sekarang baru sedar mengapa perlu guna Instagram untuk jana pendapatan.

Pada mulanya Belalang rasanya seperti Instagram ini hanya sesuai untuk mereka yang gila bergambar dan selfie. Kerana Belalang tidak suka bergambar, jadi Belalang langsung tak pernah ambil kisah tentangnya.

Sehinggalah Belalang temui rahsia tentangnya di sini (klik), barulah Belalang sedar potensi yang ada di Instagram.

Sedikit tips atau cara yang Belalang rasa perlu anda lakukan bagi memulakan bisnes anda di Instagram-

1. Gambar

Tak dinafikan yang Instagram diwujudkan untuk pengguna berkongsi gambar. Jadi sudah tentulah perkara utamanya juga berkaitan dengan gambar. Pastikan gambar anda menarik dan jelas. Jika anda seorang jurugambar perkahwinan dan sebagainya, mana tahu dengan hasil kerja yang kemas pasti akan ada yang hubungi anda untuk berbincang tentang sesuatu kerja.

2. Hashtags

instagtam jana pendapatan online
Contoh penggunaan hashtags kahwin

Ramai diantara pengguna di Instagram Belalang perhatikan masih belum mahir dengan penggunaan hashtags. Sebenarnya fungsi hashtags sangat bagus jika anda gunakannya dengan betul. Contoh, jika anda memuat naik gambar perkahwinan, anda boleh masukkan hashtags yang berkaitan perkahwinan supaya apabila ada yang mencari hashtags #perkahwinan, anda juga akan tersenarai.

3. Pengikut (Followers)

Followers di Instagram adalah sama juga seperti di media sosial yang lain. Dengan adanya followers ia memberikan gambaran kepada orang yang pertama kali datang ke Instagram anda yang anda adalah seorang yang berpengaruh dan boleh dipercayai. Jadi apabila anda memuat naik gambar atau menawarkan sesuatu, tak mustahil followers anda orang pertama memberi sokongan dan mendapatkannya. Cara untuk mendapat pengikut adalah dengan cara menyukai (like) gambar-gambar dari mereka atau anda terlebih dahulu menjadi pengikut mereka. Akhirnya pasti mereka juga akan membalas kembali apa yang anda buat kepada mereka.

4. Tentang anda

instagram jana pendapatan online
Contoh profile perniagaan lengkap


Pastikan anda mengemas kini profile anda supaya mudah untuk pelanggan berurusan dengan anda. Contohnya masukkan nama kedai, daftar perniagaan (jika ada) nombor untuk dihubungi dan apa sahaja yang berkaitan dengan anda yang perlu pelanggan tahu. Contoh rujuk seperti gambar di atas.

5. Hubungkan dengan laman sosial yang lain

Instagram mempunyai satu fungsi dimana anda boleh hubungkan ia dengan akaun lama sosial anda yang lain seperti Facebook dan Twitter. Dengan fungsi ini, anda tak perlu memuat naik gambar yang sama berkali-kali. Cukup hanya upload di Instagram, klik pada publish dan ia akan hantar sekali gambar tersebut di laman-laman sosial yang lain.

6. RAHSIA....

7. RAHSIA....

8. RAHSIA....

9. RAHSIA...

10. RAHSIA...

11. RAHSIA...

12. RAHSIA...

13. RAHSIA...

Eh, apa ni? Nombor 6 hingga 13 semuanya rahsia? Nak tahu jugak ke? ;)

Ops, jangan risau... Belalang tak ada niat nak rahsia-rahsia ni. Jika anda serius nak belajar bagaimana nak menjana pendapatan online melalui Instagram, klik sini (klik).

Sampai bertemu lagi!

Sekian,

Sabtu, 14 Februari 2015

Setahun Menghilang | Blog Membina Pendapatan Pasif

Setahun lamanya Belalang hilang dari dunia blog. Bukan tiada masa untuk update, tetapi diri ni terasa seperti tiada 'nafsu' untuk menulis. Ni mesti ada yang guna-gunakan Belalang ni. Cis!

Akhirnya baru-baru datang kembali kerinduan untuk update blog setelah melihat rakan-rakan blog yang Belalang kenal sekian lama masih lagi setia dan sangat rajin berblog. Harapnya kali ni lama la sikit kerajinan ini melekat di diri :)

Walaupun setahun Belalang langsung tak update mana-mana blog yang ada, tetapi blog-blog ini masih menjana pendapatan. Alhamdulillah.



Print screen di atas adalah kedudukan Belalang sebagai affiliate di Ashadee untuk tahun 2014. Nama Belalang masih mampu tersenarai dalam 100 top affiliate. Walaupun jatuh 50 anak tangga berbanding tahun 2013, tetapi ia masih lagi dikira sesuatu yang sangat hebat sebab Belalang memang tak buat apa-apa!

Banyak ke pendapatan?

Tak adalah banyak mana. Lebih kurang sama dengan bonus ASB je. Jadi la untuk buat apa-apa di awal tahun hari tu.

Kesimpulannya, jika anda seorang blogger teruskan dengan gigih membina blog anda. Percayalah jika kena caranya, blog mampu membina pendapatan pasif. Kepada yang tiada blog dan teringin nak ada blog, carilah ilmu tentang dunia blog sebanyak mungkin. Dah ada ilmu terus praktik, jangan simpan ilmu tersebut sampai berlumut!

Sekian,

Pautan Artikel Menarik