Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan selamat tahun baru kepada semua. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Encik Bell atau Belalang Hijau Perisik. Kedatangan ada ke sini adalah sangat dialu-alukan :)

Pejam celik, pejam celik, tahun 2011 dan pun meninggalkan kita. Tahun 2012 pula menjelma. Walaupun tahun 2012 baru sahaja membuka tirainya, namun sudah ada bermacam-macam cerita menakutkan yang dikaitkan dengan tahun ini. Kiamat Tahun ini? Kalau ada yang bertanyakan soalan begitu kepada Belalang, jawapan Belalang adalah seperti ini...

"HAHAHA... kiamat kerja tuhan bro. Siapapun tak tau bila akan jadi. Jadi dari lu sibuk-sibuk pikir ye ke tak tahun ni kiamat, ada lebih faedahnya kalau lu pergi perbanyakkan amalan lu. Bak kata hadith, bekerja seperti nak hidup selamanya, beribadat macam esok kamu akan mati"...

Ok, kita tinggalkan persoalan di atas itu. Sebagai post pertama Belalang untuk blog baru ini, Belalang nak kongsikan dahulu pengalaman Belalang berblog selama tiga tahun. Ala, baru tiga tahun... Kalau orang, umur tiga tahun ni peringkat baru boleh bercakap betul-betul sikit. Jalan, lari, lompat semua dah boleh.


Tak dinafikan dunia blog Malaysia yang Belalang kenali dulu dan sekarang, banyak berubahnya. Begitu juga dengan kawan-kawan blogger yang Belalang kenali. Ada yang silih berganti dan ada juga yang masih meneruskan perjuangan dengan blog masing.

Ada juga yang matlamat asal dalam berblog dah tersasar, dan ada juga yang masih jitu kekal dengan gaya yang sama menulis seperti yang Belalang kenali mula-mula dahulu.

Begitu juga dengan blog kesayangan Belalang iaitu Suara Bawah Tanah (SBT) telah melalui proses perubahan dari blog personal terus bertukar menjadi blog berita atau dalam bahasa mudahnya 'blog SEO', bahasa kurang sopan sikit 'blog copy/paste', bahasa kurang ajar sikit 'blog pencuri' artikel orang. Hahaha

SBT telah melalui fasa perubahan itu kerana beberapa sebab dan faktor. selain kekangan masa, salah satu faktor lagi adalah kerana Belalang melihat blog SBT boleh menjanakan pendapatan atau dalam erti kata mudah Belalang mampu buat duit dengan blog tersebut. Pendapatan yang dapat memang tak seberapa, tapi cukup la untuk buat bayar bulanan kereta atau rumah. Masih jauh rendah jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan Belalang yang lain seperti Ellen, Encik Nakal atau puan Bee :)

Namun begitu keinginan untuk menulis seperti dulu tak pernah Belalang lupakan. Atas sebab itulah Belalang wujudkan blog ini, hanya semata-mata untuk Belalang puaskan kegemaran Belalang dalam menulis blog. Apa bestnya tulis blog? hanya seorang blogger ada jawapan itu. Tak gitu kawan-kawan? ;)

Tahun pertama Belalang mula buat blog, Belalang tidak begitu aktif update kerana masih blur dengan dunia blog. Masuk tahun kedua Belalang mula tahu mengenai cara-cara untuk tarik pelawat (visitor) ke blog dan bagaimana nak tahu ada orang baca atau tidak blog kita. Tahun kedua ini juga Belalang dah mula tahu blog boleh hasilkan duit kalau kena dengan caranya.

Belalang mula mengenali syarikat-syarikat pengiklan seperti nuffnang, adverlets, 701 panduan dan innity. Di tahun kedua ini juga Belalang aktif berblog dan bereksperimen cuba-cuba buat duit.

Masuk Tahun ketiga, tahun yang betul-betul Belalang buat duit dan alhamdulillah tahun ketiga juga Belalang mula berjaya perolehi pendapatan tertinggi dalam karier blogging.



Merasakan Belalang sudah temui formula hasilkan duit dengan blog, Belalang rasa biarlah blog SBT kekal seperti hari ini. Untuk tidak menjejaskan hubungan baik sesama blogger yang telah dibina sebelum ini, blog ini Belalang wujudkan.

Sebelum Belalang akhiri tulisan ini, Belalang mengucapkan terima kasih kepada blogger-blogger ini yang banyak memberi galakkan dan tunjuk ajar kepada Belalang. Ellen, Kak pah, Nakai, Jz Business world, Budak Rain, Assoy, Mama Aini, Mak Lagenda, Scarlett, Mia Liana, Sis Diana, Bro Khairul, Sis LM, Pirate, Padinno, Mak Dara, Ah Fat, Jericho, Kiz, Pendekar Berkuda, Aduka5, Sya Yusoff, Ammar, Farish Ishak dan sesiapa sahaja yang menyokong Belalang selama ini (maaf tak sebut semua. Banyak sangat).

Sebagai penutup, sekali lagi Belalang ucapkan selamat datang ke blog ini dan sudi-sudilah untuk singgah ke sini lagi


Terima kasih,

16 ulasan:

  1. belalang sentiasa di hati kpah dan kawan2 blogger semua....tahniah dah ada blog baru...

    BalasPadam
  2. Tahniah dah ada satu lagi blog (personal) !!semuga belalang terus berjaya sebagai blogger yg terkenal,mama respect kat belalang !!.. :)

    BalasPadam
  3. http://effa-k-poh.blogspot.com/2012/01/meh-sini-nak-story-pasal-identiti.html#links

    BalasPadam
  4. Salam....intro nie pun dah sedap baca (bukan fasal nama aku disebut)...memang kao berbakat dalam penulisan...buatlah penulisan sendiri dan cerita cinta seminggu sekali (bersiri)...apa yang pasti kao memang hebat...dalam sibuk berniaga kao boleh menulis dengan sempurna...we believed on you!

    BalasPadam
  5. blogger yang tersasar tu akak la..
    kes nak cuba buat apa orang buat..muahahaa...

    seronok sebenarnya baca entry yang belalang tulis
    sebab bakat menulis memang ada..kan??
    rugi tak digunakan sebaiknya..
    akak sokong blog ni..

    BalasPadam
  6. Salam....intro nie pun dah sedap baca (bukan fasal nama aku disebut)...memang kao berbakat dalam penulisan...buatlah penulisan sendiri dan cerita cinta seminggu sekali (bersiri)...apa yang pasti kao memang hebat...dalam sibuk berniaga kao boleh menulis dengan sempurna...we believed on you!

    BalasPadam
  7. salam belalang..wahh sis suka dgn kelahiran blog ini.rindu nak baca kisah2 belalang.kadang2 masuk blog kamu sampai terkedu tak tau nak komen apa entri seo tu..hehe

    BalasPadam
  8. @mak dara-
    TQ :)

    @kpah-
    terima kasih kak pah... siap ada entry khas lagi. ni yang terharu nih :P

    @abg besar-
    terima kasih abg besar. kata2 yang sangat menaikkan semangat p^o^q

    BalasPadam
  9. @sis diana-
    mana da blog sis tersasar? dari dulu sampai skrg sgt seronok membaca. salah satu sebab belalang nak buat blog personal, sebab baca entry sis lah :)

    @LM-
    xpe sis, belalang tau entry SEO mmg agak tak lalu nak d komen :P. terima kasih ye support belalang

    BalasPadam
  10. welcome back belalang..... heheheh.. jangan terlupa mia tau!

    p/s: rumah baru, pasanglah loceng baru.. senang mia nak tinggg tongggg lepas ni... :)

    BalasPadam
  11. tahniah atas penghasilan blog baru..:)

    BalasPadam
  12. pagi ni InshaAllah..kpah akan war-warkan kelahiran blog baru belalang nih..

    BalasPadam
  13. ehhh..lupa lak nak tulis..kat gomofm http://www.facebook.com/gomofm?sk=app_174225559282949

    BalasPadam
  14. wahaa selamat tahun baru Belalang, mungkin boleh selitkan juga nanti perkembangan Belalang Jr?? hee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik